Friday, October 23, 2009

ku tangisi perpisahan ini

[versi touching]

semalam balik sekolah aku menangis.aku sedih.teramat sedih.mula-mula aku boleh control.xnak menangisi perpisahan ini.tiba2 aku xboleh kawal.terlebih emosi.
'cikgu, hari ni cikgu last kat sekolah ke?'
'ye syg, ckgu dapat posting ke sekolah menengah'
'kenapa ckgu nak pindah, cikgu xsayang kami ke??'
YA ALLAH...aku begitu menyayangi saudara-saudari seislamku lebih-lebih lagi kanak2 yang masih suci dari anasir2 negatif

ape yang membuatkan aku begitu terharu ialah kerana kesanggupan murid2 ku menyediakan hadiah untuk aku.series, aku tak pernah mengaharap,even dalam nada bergurau.tiba2 sorg murid tahun 3 ajak aku masuk kelas.aku pergi la.tgok kat depan kelas dah ada kek dan beberapa hadia di tepi kek tersebut. aku boleh control lagi.xnangis langsung.bagi ucapan pun cool je.
'kenapa awak semua susah2 beli hadiah mcm2 utk cikgu??'
murid2 ku kebanyakkannya terdiri daripada murid kurang kemampuan.hampir semua dapat RMT(rancangan makanan tambahan), hanya 2, 3 orang je satu kelas yang xdapat.
'xpe, kami nak beri sesuatu utk cikgu...'

aku keluar dari kelas tahun 3. kebetulan kelas tahun 1 tiada guru pada masa itu. aku ambil kesempatan untuk memohon maaf dan bersalaman dengan semua murid. kemudian seorg demi seorg mula menangis. aku terus keluar dari kelas tahun 1. dalam perjalanan ke bilik guru, my eye become wet.hukhuk...my vision become blurr.uhhh...tapi kejap je
masa nak balik lagi aku sedih. kat seat kereta aku ade student letak hadiah. aku terus drive balik.masa kat gate tuh saat paling touching.students yg tgh tggu parents, boleh lompat2 suruh aku berhenti, ade yang lambai2,panggil cikgu kuat2.aku xtahan.aku terus rasa sedih yg teramat.lalu, banjir dalam kereta.nasib baik xberlaku ape2.

balik rumah bukak hadiah.lagi touching.one of my student bagi aku buku.lawa cover buku tuh, aku suka. sweet sgt. aku bukak dalam isinya ialah buku sekolah yang dah dikoyak sesetengah muka surat sebab dah bertulis. aku touching lagi. sebelah buku tu ade tempat simpan pen. dia bagi aku pen merah mungkin sebab aku suka pinjam pen merah murid. pen tu mungkin dah lama sangat dalam bekas pensel dia sampai naik hitam warna batangnya. aku tak cuba lagi pen tu ade dakwat x?aku xkisah ape2 hadiah dari murid. semua aku hargai walaupun sehelai surat. tapi kalau bagi hadiah macam ni, mmg aku akan sgt ingat sebab berjaya buat aku menangis.

aku xsuka menangis, oleh itu aku mahu mengelakkan perpisahan. semoga selepas ini, perpisahan tidak lagi membuatkan aku menangis

bersama murid2 lelaki tahun3.thanks nazira for the nice shoot.

kek utk ustazah...sometime i was called ustazah, sometime cikgu

hadiah yang bikin aku lebih touching...

2 comments:

aba cenna said...

huhu baca entry ni pon dah touchin....; )

kiyo said...

Waahh...gile touching... Mase Kina kol tu kan, kyo sebak gak...hahahah.... Kalu la kyo yg mengalami nih, mau budak-budak tuh panic tgk kyo nangis..hahahhaa....