Tuesday, May 18, 2010

cikgu jangan garang2

adik aku tgh bukak hadiah hari guru yang ayah aku dapat...
17 mei is my first time to celebrate teacher's day.and last time for dad celebrate it..next year dah retire...ape ada pada hari guru???
dulu masa sekolah, hari guru mesti berebut nak beli hadiah.hadiah yang selalu saya beri ialah sabun mandi. ape2 ntah kan??sekarang senang, byk sourvenier smpena teacher's day..saya xpernah mengharap ape2 hadiah dari students..saya xpernah mintak..saya xpernah mengimpikan hadiah yang berupa material....satu je yang harap...JADILAH INSAN YANG BERGUNA UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA..

bila saya berada di sini, saya mula faham.saya xpernah mintak para pelajar jadi best student.saya xmintak pelajar dapat A untuk subjek Sains...tapi..saya sentiasa doakan
"ya allah...lembutkanlah hati anak-anak didik ku....supaya mudah untuk menerima ilmu dan melakukan suruhanmu serta meninggalkan laranganMU YA ALLAH...."
saya begitu hangin kalau budak xsolat subuh...saya jadi geram, marah.........
semasa sambutan hari guru semalam, saya mnerima 2 , 3 ucapan daripada pelajar...
'untuk teacher sakinah, jangan garang2...'
masa tgh mengajar, saya pernah terdengar student bersuara...
'buruknya muka cikgu sakinah tu masa marah...'
ade jugak student menjerit masa saya tgh mngajar di depan....
'cikgu, jgn marah2 nanti cept tua...dah tua xlaku cikgu.....'
ketahuilah anak2 didik yang ku kasihi sekelian....
tidak pernah niatku untuk memarahi kalian....teguranku, marahku, nasihatku semuanya kerana ingin kalian menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara...
kerana aku lihat dalam diri kalian ada keinginan, kemahuan ke arah itu....tapi keinginan, kemahuan itu perlu di gilap selalu untuk menjadikannya kenyataan...\

SEMOGA KALIAN MENJADI MANUSIA YANG ADA NILAI DI SISI ALLAH...

Tuesday, May 11, 2010

umi..you are everything for mee

hari ibu dah lepas, saya nak wish jugak utk umi ..siti rohani bt siraj.umi yg membesarkan saya, yg menajga saya...yg terbaik buat saya

special poem for umi...
thanks umi...
sbb umi bagi didikan agama yg cukup buat kina
sbb umi sekolahkan kina kat skolah agama
sbb umi berhenti kerja nak jaga kami...
sbb umi xkisah org ckp mcm2...
asal anak2 umi bahagia...
umi bahagia bila anak2 umi bahagia...
tapi bahagiakah kina bila boleh buat umi bahagia???
umi yg sntiasa igt anak2 nya bila2 masa...
tapi kina akn sntiasa igt umi ke??
masa berjauhan, baru terasa kehilangan umi,
masa dkat2 kina hnya akn igt umi bila sakit...

thaaaannnnnnkkkssss soo much umi...semoga ALLAH akan memberi yg terbaik buat umi dunia akhirat...

Saturday, April 17, 2010

knapa saya dah lama xupdate blog

rasanya dah hampir sebulan saya x apdet blog kan?hmm...bzzz kot. bukan bizi, tapi membizikan diri dengan ape2 ntah.
terlalu byk yang berlaku semenjak kebelakangan ini, sehingga tiada peruntukan masa utk blogging. buku yang saya beli semasa pesta buku tu pun belum habis baca. tapi komik dah habis laaa. knapa ek???wonder laa....knapa buku komik walaupun utk kid, lebih menarik utk di baca berbanding buku agama yang memang dikhususkan utk golongan remaja...
adakah saya masih bergelar kid di saat usia sudah menginjak 24 tahun...

saya kena habiskan baca buku agama...
saya nak jadi baik...
saya kena jadi manusia yang kuat spiritual dan fizikal....
saya kena pastikan saya baik sebelum saya dapat membimbing org sekeliling saya utk menjadi baik....

Monday, March 29, 2010

ujian C

alamak...now need to be more alert...huhu...skrg dah ade org yg dikenali selalu mngembara kat cni.(sis kina la tu).watever i want to speak out, need to be filter...heheheh..
ujian cinta...aik...sejak bila pulak kina pandai merepek pasal cinta
entah????
pelik kan???

dulu kina pelik sgt org yg boleh bergayut kat empon sampai 2, 3 pagi
pelik jugak kalau asyik dok tgok henset utk ber'sms' dgn si kekasih hati
ade yg sehari topup sampai 30 ringgit pun i wonder sgt...
sanggup makan hati berulam jantung sbb si kekasih hati merajuk....lagi laaa i wonder??

sekarang ni semua tu xpelik dah.because i face this situation....
i know what the reason actually...
love blindess....

semoga istilah love blindness hanya utk ALLAH...sesusah mana cabaran dan ujian utk mencintaiNYA akan diharungi jua kerana CINTA ITU BUTA...

who loves you??ALLAH loves you more than everything....

Saturday, March 27, 2010

ya allah...peliharalah hatiku

ya allah yang maha berkuasa ke atas setiap sesuatu
aku mohon padaMU
Kau peliharalah hatiku daripada segala yang melalaikan..

apasal ntah...sejak akhir2 ni byk sgt ssuatu yg tak disangka berlaku...
sampai mengganggu kekhusyukan ku di dalam solatku...

Tuesday, March 23, 2010

doakan aku

aku nak interview 25 hb mac.doakan smoga aku pas.....amiin

Tuesday, March 16, 2010

jangan marah

pagi itu cikgu nana dtg sekolah lepas cuti sekolahseminggu
blck monday...pagi itu jugaklah ckgu nana gosok baju baru.yg baru siap dijahit oleh tukang jahit belakang rumah. duit upah pun xbayar lagi.sbb gaji belum masuk.ditakdirkan...baju tu hangus kena iron.sbb cikgu nana gosok baju dalam keadaan mngantuk dan masih dalam mood bercuti.

sampai sekolah, pngetua yg tak pernah snyum dah ade kat tapak pehimpunan. muka sgt ketat. pngetua tu pun blues monday jugak kot. kelam kabut dia punch in.bila punch in rupanya dah merah.rupanya baru ckgu nana teringat.peraturan baru lpas cuti p'tengahan sem.,sekolah akan bermula seawal 7.20 pg. habis assembly ckgu nana masuk bilik guru.lpas cuti sminggu bilik guru bau bngkai.tgok2 ade bangkai tikus atas meja cikgu nana.

ckgu nana masuk kelas dalam keadaan bad mood. bertambah bad mood bila student xsiapkan hmework smpena cuti skolah. smua xbawak homework tu.yg bawak pun xsiap.ckgu nana trus kluar kelas.student bersorak lpas ckgu nana kluar dan masing2 mngucapkan alhamdulillah sbb ckgu nana dah kluar.

dia bertambah hangin.masuk bilik guru tiba2 ade 2 keping laporan msyuarat atas meja.rupanya report msyuarat dipulangkan semula sbb kena reject. byk sgt typing error. dia nak repair minit msyuarat, bukak laptop.dapat on9 pulak.ape lagi..dia nak release tensen, dia main FB.tiba2 pngetua masuk.dia marah ckgu nana sbb tak masuk kelas.kelas bising sgt.dia kena bebel ngn puan pngetua tersebut dpan ckgu2 lain.

ckgu nana marah sgt. dah tak boleh kawal.suhu dah 1000C.mmg marah.dia masuk balik kelas tu dan melepaskan amarahnya kat student.
ade yg kena lempang smpai jadi lempeng.
ade yg kena tampar sampai berpinar...
tak kurg jugak yg kena tumbuk smpai senak perut...
sorg pelajar je yg terlepas, sbb dia ade black belt.baru ckgu nana nak serang pelajartersebut, dia dah lompat atas meja dan bukak langkah...

kesimpulan...banyak cabaran dalam hidup...JANGAN MARAH..JANGAN MARAH...MARAH JANGAN..JANGAN MARAH.........JANGAN MARAAAAHHH


Monday, March 8, 2010

anak

anak.......anugerah yg bgitu berharga yang ALLAH anugerahkan kepada pasangan suami isteri. kalau setahun kawen blum ade anak, msti masing2 dah gelisah. takut si suami akan mencari isteri lain, manakala si suami juga resah kerana takut dikatakan gagal mengahsilkan sperma yang berkualiti dalm erti kata lain ialah 'mandul'

aku bukan nak cerita pasal mandul atau kawen lain. tapi aku nak cerita pasal org yang sgt suka membanggakan anak. aku tahu, aku blum ade anak.so, aku masih belum diuji. xtahu macam mana persaan org yg ade anak. selalu sgt org2 sekeliling aku ni cerita pasal anak-anak masing-masing.

anak aku paling pandai kat sekolah tu
anak aku lukisannya cantik
anak aku sijilnya banyak
anak aku kereta besar, rumah besar, gaji besar, bininya lagi besorrr,
anak aku best student kat universiti...(uhuhu...kalau best student msti dah masuk paper kot..tapi aku xpernah baca pun..)
anak dara aku tu laku betul, baru 14 thun dah 5,6 org dtg meminang..(walaupun yg meminang smua kategori lelaki yg sama umur dgn bapaknya...)

smua nak bangga pasal anak. btuuull...anak tu anugerah ALLAH yg xternilai. tapi untuk dibangga-banggakan ke?hmm....anak tu pun sbenarnya merupakan satu ujian. ALLAH nak uji...bila anak pandai, bersyukur x kite?bila anak kurang menyerlah, bersabarkah kite, berusaha kah kite??
ade sorg nenek yg aku kenali. anaknya smua berjaya. keretanya smua besar2.salah-seorg daripada anaknya merupakan org penting salah sebuah IPTA terkemuka di ibu negara. tapi dia xpernah cerita pasal anaknya. kalau jumpa je, dia akan cerita pasal

pagi tadi umah nenek telah dimasuki musang
tengok ni...rumah nenek dah semak, rumput dah naik
pisang nenek kat depan umah tu blum masak2 lg..

hmm..mmg nenek ni tak pernah bangga diri cerita anaknya kat org lain...

ingatlah...anak ialah harta paling berharga kat dunia. harta bukan untuk dibangga-banggakan. tapi merupakan amanah ALLAH yg paling berat untuk kita dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Wednesday, March 3, 2010

kerana si saka itu

sebuah kisah misteri. bulan lepas seorg pelajar baru tingkatan 4 mndaftar di sekolah X. sekolah tempat saya bertugas. perangainya pelik dan ganjil.sgt ganjil dan memberi tekanan kepda guru2 yg mngajar termasuk saya. bukan kerana kedegilannya yang memelikkan. tetapi kerana SAKA itu..dia menjadi plikss begitu. amat malang guru yang m'punyai suara kuat ketika mngajar. termasuk saya.

stiap kali waktu p'belajaran dia akan seperti terkena rasuk. saya dah berusaha to turn my voice into low mode.tapi dia masih begitu. seperti ade ssuatu yg tidak kena. kelihatan resah, gelisah. dan akhirnya saya akan menyuruh plajar lain m'bawa dia kluar ke bilik kesihatan.

hari-hari dia akan meracau.dan apabila meracau bahasa yg dituturkan seperti dialek bahasa sabah. saya faham sikit2 je. bila suruh baca ayat qursi, dialek sabah tu la yg kluar.
"awak sebenarnya ade masalah ape ni?"
"saya dah lnggar pantang larang cikgu.."
saya xpham pntang larang ape yg dia maksudkan. ini smua angkara SAKA.

hari ni dia meracau lg. aduuiii.tgh syok nak blajar, dia buat hal.saya panggil dia kluar.
"awak dtg skolah nak blajar ke nak meroyan?"kasar sikit bahsa yg saya gunakan sbb gerrraam.
"nak blajar teacher"
"ok, klu nak blajar, knapa layan smua ni.blalalblabla..........."
saya memmbebebbebelelllll...

rupanya, pelajar ni selalu tggal solat, selalu x mengaji, xtahu solat hajat, solat tahajjud.

notes: banyakkan mengingati ALLAH dan melakukan perakra sunat.i.allah hati akan senang dan tenang

Friday, February 26, 2010

kisah maulidurrasul


abu jahal bapa saudara nabi yg sgt zalim.selalu memusuhi nabi.tapi dia adalah antara org pertama yang menyambut maulidurrasul.abu jahal begitu gembira dgn kehadiran muhammad SAW. kita gmbira x??mngkin mulut ckp gembira, hati lain2.


aku ummatmu ya muhammad

engkaulah nabiku ya muhammad

engkaulah kekasihku ya muhammad


ape bukti aku ummatmu???

solat sunat setahun sekali?

puasa sunat dua tahun sekali?

memberi salam jarang sekali?

selawat sehari sekali??


ummat ape ni?

kalau buat amalan sunnah pun nak berkira??


huh....

tepuk dada tanya iman.semoga kita menjadi ummah nabi yang berqualiti di akhir zaman ini....

allahummasolli'ala muhammad

Monday, February 22, 2010

aku dai'e atau daif

lately ni..banyak sangat baca berkenaan kes pembuangan bayi. minggu sudah 2 org students jumpa aku.mnangis2 cerita bahawa dia sudah mnyesal kerana tlah terlanjur dgn bf.skrg dia ibarat habis manis sepah dibuang.mnyesal sgt. aku tanya...kenapa xkawen je??, teacher, saya dah cakap suruh bertanggungjawab..tapi dia xmau.dia ckp sya bodoh sbb ikut sgt ckap dia.
huhu..aku mmg nak tergelak besar.tp aku cntrol lagi


pg tadi aku kena panggil dengan PK HEM.cerita kat aku yang ade lg satu kes student yang hamil.tp ni dah kes berat.dah jadi feotus.kndungan dah 5 bulan.siap panggila aku ustazah.huhuh...



aku bukan ustazah..
bukan kaunselor
hanya ckgu sains yang selalu merepek
kadang2 suka tambah2 cerita



aku bukan daie
hanya insan yang daif
dah ALLAH tunjukkan mcm2 peristiwa pun xboleh nak mainkan peranan
pranan sebagai khalifah
aku xtau nak buat camne
tapi aku tahu, kat akhirat nnt aku mesti kena tnya
ape tindakan aku ke atas budak2 skolah yang aku ngajar
ape aku nak jawab
dtg sekolah...ngajar, bagi ujian, periksa...abih sekolah


ape saham aku untuk akhirat
cikgu bukan hnya mendidik minda
bukan hanya nak sampaikan ilmu
tapi aku kena jadikan pelajar muslim pelajar yang berwawasan
yng ade matlamat
yang tau hukum-hakam agama


yeaaaaaaaahhhhh...semangat..aku cabar diri aku supaya jadi cikgu yang berjaya mendidik pelajar untuk cemerlang duniawi dan ukhrawi....hari2 kena take 5 utk bagi tazkirah...azzzzaaaammmmmmmmm

doakan ek.....


Friday, February 19, 2010

semangat...


Pg td saya diberi oleh ALLAH SWT pluang utk menemani ibu m'hadiri satu kelas pngajian muslimah di kmpung.1st time saya dpt join muslimah di kawasan t'sebut.sbelum ni asyik dgn dunia sndiri, xjoin org kmpung, kbtulan cuti ni saya nk tgokla mcm mna kehidupan muslimah kat kmpung ni.

1st impression that I think is semangat.saya rsa muslimah kmpung ni bgitu berkehendakkan ilmu.tidak sperti di tmpat lama saya dahulu.stiap kali pngajian, muslimah xsmpai 10 org.tp di kmpung ni saya anggar'n lbih kurg 30 org.smpai di tmpat pngajian t'sbut saya ckup t'ghhezzutt..kelas pngajian diadakan di sbuah waqaf usang yg mnunggu msa utk mnyembah bumi.nasib baik kelas diadakan di tgkt bwah.klu nk kena naik mmg saya xberani memandangkan berat bdn saya dah naik.huhu.Betul kan.klu ade smngat nak mnuntut ilmu,keselesaan tmpat bukan alasan.

Saya lihat sudah ramai muslimah di dalam.rupenye, 90% adalah golongan veteran yg sudah punya cucu.mane muslimah moden??mgkin sdg kerja...mungkin...ade yg pergi b'sama jiran, naik basikal dan b'jalan kaki.masya allah.saya ckup kagum.smoga muslimah veteran ini dpt istiqamah.

Saya hnya m'bawa buku catitan beserta pen.tp mereka yg lain m'bawa buku rujukan yg digunakan oleh ustaz.masyaALLAH.bgitu malu saya.sanggup mereka beli kitab yg b'harga 39rggit utk mnuntut ilmu.bersemangat mereka m'baca kitab t'sebut.plbagai aksi saya perhatikan.ade yg membaca dlm k'adaan dekat w.pun sudah b'cermin mata.ade yg m'baca secara jauh.ade yg m'bawa buku ke tmpat yg terang.xkurang jgak yg mngantuk.dan yg mngantuk tersebut ialah saya.huhu.

Smoga saya dpt mncontohi smngat mereka dlm mnuntut ilmu..amiin.

Thursday, February 18, 2010

grooming class

kinah, akak nak hntar kina pi grooming class laaa...akak tgok kinah ni simple sgt.

huh....ape kina nak ckp ni.knapa org nak sibuk2 pasal kina pnya dressing.ade kina kacau org ke???selagi kina menutup aurat, menepati etika, kenapa nak sibuk2.boring btul.hari2 nak komplen pasal kina pnya pakaian. klau nak belikan baju lain xpe. ni dok asyik nak kompelen.itu xkena, ini xkena....adoooiiii...

agaknya klu org yg pkai baju mcm xcukup kain tu ade x org tegur ek????

Tuesday, February 16, 2010

sejahtera ke atas kamu

hi....i'm coming back.setelah hampir 2 bulan menyepi, skrg baru nak mula bersihkan rumah.achumm...(bersin gaya chumell)...rumah dah begitu bersawang.byk habukssss....

tata...see you next entry...