Tuesday, December 15, 2009

salam maal hijrah

salam maal hijrah kepada semua muslimin-muslimat.

Thursday, December 10, 2009

merdeka...yeayyy

aikkk..apsal tiba2 buat n3 pasal merdeka ni.nih bukan bulan ogos.edisi khas untuk student yang dah abih SPM.MERDEKA.....YEAAAHOOOOO...ade yang dah abih exam, ade juga yang xabih lg..adeeeiii..jelesnya tgok kngkawan yang dah baih exam tu kan???hmm...ape sebenarnya erti kemerdekaan bagi pelajar yang dah abih SPM???

merdeka gilerrr...lpas ni dah tak terikat dengan peraturan sekolah.tak payah pakai baju sekolah.sebab tu masa last exam hari tuh aku tgok byk budaya menconteng baju sekolah. konon2 nak minak autograf la tuh..tapi aku cukup tak berkenan bila si teruna menyelak tudung si dara untuk menanda autograf di atas baju sekolah si dara.cukup x elok dipandang. macam mana si dara tu boleh tergamak %%^*()_????

b4 ni kena pakai tdung nak ke sekolah, skarang lantak aku laaa nak pakai x???aku dah tak terikat dgn peraturan sekolah beb....adeeeiiii..sdih la bila mcam ni..tdung dan menutup aurat ni bukan masalh peraturan sekolah. kalau dah ALLAH suruh tutup aurat, tak kira dah abih sekolah atau belum, wajib la ikut....

maksud kemerdekaan bagi aku lpas abih SPM ialah...yteaaahhhooo...lpas ni tak payah drive sejauh 35 km utk jaga exam.tak payah bgun awal pagi untuk menemani KP pergi bilik kebal....dapat rehat dgn aman dan menikmati cuti sekolah yang masih berbaki.....

Monday, December 7, 2009

ibu di usia muda

Sanggup tak nak jadi ibu di usia 17 thun.klu dulu mgkin YA..klu blum kawen pada usia tersebut nmpaknya akan digelar anak dara xlaku.but not now.nih bukan nk memalukan mane2 pihak.just nk sharing about something..

Pglmn aku jaga spm kat pusat x.ade seorg calon kat pusat tu sdg sarat mngandung.dah 8 bulan.begitu gigih utk m'ambil spm.m'jawab exam dgn keadaan perut m'buyung ke dpan.byangkan.msti xselesa.hr pertama exam,dia pkai baju kurung biasa.tp kena tgur dgn ketua pngawas.dia jwab baju skolah dah kentat.ketat xketat dia kena pkai bju skolah.sbb ini rules.dia calon skolah.

Siannya aku tgok.muka dia lgsung xceria.pale pulak tu.aku bersangka baik.aku rsa ank yg dikandungkan tu ialah ank sah taraf.rupenye sangkaanku meleset.ckgu skolah tu ckp dia terlanjur,aku xsgka.xsnggup dgar.muka budak baik gile.aku tak mau komen byk ats keterlanjuran dia.takut kena kat btg hidung aku.

Tapi aku sgt sedih dan kasihan.p'tgahan spm, dia deliver baby.huhu.dapat ank buah laa.tp dia ibu muda yg gigih.3 hari bersalin, still nk jwb exam.jd calon hospital.aku bngga klu ibu2 hari ni m'punyai smngat gigih mcm ni,tp aku xsuke dan lgsung xbngga klu ank tu ank xsah taraf..

YA ALLAH..smoga taubatnya diterima olehMU ya allah.
p/s..sekarang ni mcm2 kes kat sekolah, gerrun maaa

Thursday, December 3, 2009

selamat bercuti sekolah


entry lambat.dah hampir 2 mggu baru ade mood nak post n3. selamat bercuti sekolah untuk semua yang terlibat dengan alam persekolahan.daripada murid, guru, tukang kebun, makcik kantin..smua akan bercuti.nikmati cuti ini dengan penuh kemanfaatan...


Saturday, November 28, 2009

salam aidiladha

Selamat menyambut Aidiladha..
same2 kita menghayati pengorbanan nabi Ibrahim & nabi Ismail

Monday, November 16, 2009

when i was 23

alhamdulillah..i was 23 on 12th nov.still young...huhuhu..what i am thinking in the age of 23...]

i miss myself 2 or 3 years ago.dulu saya komited dengn usrah.bila kita komited dgn usrah, ukhwah sesama manusia kita akan jaga, amalan sunnah akan diperbanyakkan, amalan wajib akan dipertingktkan...smua akan terjaga.tapi skrg saya dh lain.saya dah x jumpa usrah tu. saya dah jauh dari naqibah.saya sentiasa tercari-cari di mana lagi saya boleh berusrah.
YA ALLAH..SEMOGA AKU DIPERTEMUKAN DENGN YANG LEBIH BAIK

alhamdulillah, menginjak usia 23, saya sudh bergelr guru.tapi berjayakah saya menjadi guru yang berjaya mendidik anak bangsa dunia dan akhirat???pgalaman menjadi guru sandran (gstt) membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjadi cikgu poyo...hehehhe...bukan, sebenarnya saya begitu teruja untuk menjadi guru seperti dalam cerita laskar pelangi....doakan semoga saya berjaya

kina, 23 is most sweet time for you to get marriage..uhh...not for all laaa.bagi saya hidup dalam rumah yang bertangga, saya sudah bersedia.tapi utk hidup berumah tangga, saya massih mentah dan belum bersedia.saya masih kuurreeeennnnggg.saya perlu memperbaiki diri terlebih dahulu..huhu...calon pun xdak lagi.
SEMOGA SAYA AKAN BERTEMU DENGAN SUAMI YANG SOLEH & BOLEH MENERIMA DIRI SAYA SEADANYA...

alhamdulillah atas segala nikmat yang allah beri. saya bahagia di saat usia 23. tinggal dengan umi, abi, adik2.kerja pun dekat.adik2 membesar dgn rahmat & kasih syg ALLAH.semoga ALLAH merestui hidup kalian khusus untuk ABI, UMI, YU, KIYO, MUAZ, FAFA, DIBAH, NAJWA, ZAID & ALI...


Monday, November 9, 2009

anak ustaz

when i was posted in the same school with abi

mula-mula dapat tau sekolah mane kena posting, mmg terghezut.mane tak terkejut kalau dapat posting same sekolah dgn abi.punya laa byk sekolah kat daerah ni, sekolah tu jugak yg aku kena..alamdulillah, rezeki dari ALLAH sape yg tahu kan??


situasi 1
masa nak memperkenalkan diri di kalangan guru2.anak bapak, anak bapak..adeiii.cikgu2 blkg dah bersorak cakap aku anak bapak.huhu...boleh x kalau kina nak memperkenalkan diri sebgai kina dan bukan anak bapak or anak ust

situasi 2
aku bawak 2buah beg.lagi satu beg laptop.tgh jalan nak pi ofis, cikgu tegur.weh..banyaknya beg ko, bawak beg ust ke??huhuhu.how i want to clearify...just smile


situasi 3
makan kat kantin dgn kwan2.abi masuk.kina buat muka slambe je.abi pun buat muka slumber je.cikgu lain yg busy body.heisshh..ust ni, anak dia makan, dia nak makan sekali.

situasi 4
kina esok tlg hantar student ok??what???kina kena hantarstudent??huhuh..xdak pnglaman.camner nak hntar students utk solar car race, sorg pulak tu...
ok kan???saya dah mintak izin kat ust nak suruh sakinah bawak student pi solar car race.
hmmmm....ok je.kalau dah cakap mintak izin kat ust, aku xbuleh nak buat ape dah.huhu..xpela.cari pglman kan??thanks god

situasi 4
kina tlg jaga SPM ok??saya dah cakap kat ust, ust cakap ok je.bagi budak tu pngalaman sikit.
huh....hahahahah...aku pun tergelak sorg2.layak ke aku ni nak jaga SPM.tak pe.cari pglaman kan???

situasi 5
masa nak introduce self in front of student.
'saya perkenalkan cikgu baru.sakinah bt .......hmmm...ni anak ust ........tak boleh kacau2 tau.'
uhh....masuk kelas, student pun bertanya...
'cikgu anak ust .......... ke??'

oklaaa....sekolah ni mmg best.semua best.semoga aku pun akan jadi cikgu yg best demi agama, bangsa dan negara

Wednesday, November 4, 2009

susahnya nak bersyukur

antara bersyukur dengan kufur nikmat mane lagi senang nak buat???tepuk dada tanya iman.susahnya aku nak bersyukur.sentiasa tak puas hati dengan nikmat yang ALLAH bagi.

antara belajar dengan kerja, yang mana lebih seronok??masa belajar, aku tak sabar nak kerja.nak pegang duit sendiri, tak payah nak tensen2 exam, nak beli baju baru, kasut baru, kereta baru, rumah baru, subaru...huh...semua laa aku idamkan. akhirnya, ALLAH makbulkan permintaan aku. aku diberi peluang bekerja setelah abih belajar. tapi bila ALLAH dah bagi peluang bekerja, aku masih x bersyukur.aku terkenang-kenangkan zaman belajar yang begitu seronok dengan kawan2, sama2 tensen sebab nak exam, pergi kelas sama2, buat assignment sampai stay up same2.

kepada semua yang masih di alam persekolahan/ belajar, manfaatkanlah masa yang diberi.nanti dah kerja tak akan merasa sama sekali keseronokan masa belajar.

semoga aku tergolong dalam hambaMU yang sentiasa bersyukur dan redha dengan setiap apa yang dianugerahkan kepadaku

Friday, October 23, 2009

ku tangisi perpisahan ini

[versi touching]

semalam balik sekolah aku menangis.aku sedih.teramat sedih.mula-mula aku boleh control.xnak menangisi perpisahan ini.tiba2 aku xboleh kawal.terlebih emosi.
'cikgu, hari ni cikgu last kat sekolah ke?'
'ye syg, ckgu dapat posting ke sekolah menengah'
'kenapa ckgu nak pindah, cikgu xsayang kami ke??'
YA ALLAH...aku begitu menyayangi saudara-saudari seislamku lebih-lebih lagi kanak2 yang masih suci dari anasir2 negatif

ape yang membuatkan aku begitu terharu ialah kerana kesanggupan murid2 ku menyediakan hadiah untuk aku.series, aku tak pernah mengaharap,even dalam nada bergurau.tiba2 sorg murid tahun 3 ajak aku masuk kelas.aku pergi la.tgok kat depan kelas dah ada kek dan beberapa hadia di tepi kek tersebut. aku boleh control lagi.xnangis langsung.bagi ucapan pun cool je.
'kenapa awak semua susah2 beli hadiah mcm2 utk cikgu??'
murid2 ku kebanyakkannya terdiri daripada murid kurang kemampuan.hampir semua dapat RMT(rancangan makanan tambahan), hanya 2, 3 orang je satu kelas yang xdapat.
'xpe, kami nak beri sesuatu utk cikgu...'

aku keluar dari kelas tahun 3. kebetulan kelas tahun 1 tiada guru pada masa itu. aku ambil kesempatan untuk memohon maaf dan bersalaman dengan semua murid. kemudian seorg demi seorg mula menangis. aku terus keluar dari kelas tahun 1. dalam perjalanan ke bilik guru, my eye become wet.hukhuk...my vision become blurr.uhhh...tapi kejap je
masa nak balik lagi aku sedih. kat seat kereta aku ade student letak hadiah. aku terus drive balik.masa kat gate tuh saat paling touching.students yg tgh tggu parents, boleh lompat2 suruh aku berhenti, ade yang lambai2,panggil cikgu kuat2.aku xtahan.aku terus rasa sedih yg teramat.lalu, banjir dalam kereta.nasib baik xberlaku ape2.

balik rumah bukak hadiah.lagi touching.one of my student bagi aku buku.lawa cover buku tuh, aku suka. sweet sgt. aku bukak dalam isinya ialah buku sekolah yang dah dikoyak sesetengah muka surat sebab dah bertulis. aku touching lagi. sebelah buku tu ade tempat simpan pen. dia bagi aku pen merah mungkin sebab aku suka pinjam pen merah murid. pen tu mungkin dah lama sangat dalam bekas pensel dia sampai naik hitam warna batangnya. aku tak cuba lagi pen tu ade dakwat x?aku xkisah ape2 hadiah dari murid. semua aku hargai walaupun sehelai surat. tapi kalau bagi hadiah macam ni, mmg aku akan sgt ingat sebab berjaya buat aku menangis.

aku xsuka menangis, oleh itu aku mahu mengelakkan perpisahan. semoga selepas ini, perpisahan tidak lagi membuatkan aku menangis

bersama murid2 lelaki tahun3.thanks nazira for the nice shoot.

kek utk ustazah...sometime i was called ustazah, sometime cikgu

hadiah yang bikin aku lebih touching...

Friday, October 16, 2009

sweet23

16 okt..selamat hari lahir untuk sahabt yang benar2 memahami dan sefikrah NAZIHAH IDRIS.

SEMOGA DENGAN BERTAMBAHNYA USIA, BERTAMBAH DEKAT DIRIMU DENGAN TUHANMU


PErkenalan dengan ziha bermula masa aku matrikulasi kat perak.mula2 dia tak kenal aku, dia kenal twin aku.tapi bila lpas matriks, kami ditakdirkan same2 kat U.alhamdulillah...bertambah rapat masa nak buat program kat rumah anak yatim.


selalu jaulah bersama ziha.sampai mane2 ntah aku pergi.satu hari tu, dah akhir2 sem.nak kena pi CM sbb nak beli souvenieer persatuan.masa tu dah sengekek sgt.tapi kena pergi jugak.time lunch, kami berkongsi makanan.beli nasi putih byk2, amik lauk byk2.satu pggan untuk 2 org.huhu.makan kat ctu pulak tu..org lain dah pandang pelik..mamak kat kedai tu pun pandang pelik.dia tau ktorg mcm xdak duit.huhu....bila dia tnya km nak order air ape?km hnya menggeleng kepala...haha...lastly dia bagi air masak percuma.sebab takut ade org tercekik kat kdai dia...huhuh

huu....ziha already 23...dah tua...aku belum, tapi i'm look older than ziha....xpelaaa...

Thursday, October 15, 2009

alhamdulillah

finaly after 3 month, i got an offer...yeah...selangor, here i am.
alhamdulillah...pg tadi cek, aku ditawarkan untuk petempatan di selangor. sekolah ape???xcnfirm lg.tak kisah la mane2 sekolah pun, dpt selangor pun dah begitu menggumbirakan hati ku.

SEMOGA MENJADI GURU YANG BERJAYA DI DUNIA AKHIRAT...

Thursday, October 8, 2009

jangan terpalit sama...

maafkanku sahabat...byk emel notification aku dapat dari facebook.tapi aku tak nak terlibat sama. baru ni aku dapat bukti yg jelas yg mengatakan bahawa facebook bersekongkol dengan israel laknatullah...

teringat nyanyian JACKO...'they don't really care about us'....maka, kalau kite masih melayari laman 'muka buku' itu...mka kitalah golongan yang x betul2 bepa terhadap sdara mara kita nun di sana....huhu...payah tu nak jawab kat akhirat nanti.

semoga kt same dapat mengelakkan diri dari melayari laman tersebut...uhh....antara fecebook, friendster dgn myspace, -facebook is my favret.kawan ramai....lastly, ade berita camni plak...ahhhhh...BOIKOT TETAP BOIKOT!!!!

Wednesday, October 7, 2009

selamat berjuang

untuk adik2 yg menduduki PMR tahun ini diucapkan SEMOGA BERJAYA...

special wish for my cute little sister, nurunnajwa....
  • semoga dapat menjawab peperiksaan dengan tenang

  • exam dunia je...jgn tensen2...kat akhirat nnt exam lg besar kan...(she got a bit pressure after all teacher always force him to get straight A like her sister)

  • semoga sentiasa mendekatkan diri dengan ALLAH dalam apa jua keadaan...

Thursday, October 1, 2009

antara MILO dgn BM

simple entry..tentang gelagat budak2 masa aku tgh ngajar.satu hr u aku tgh ngajar kat depan.tgh smngat2 sket...tiba2 adela lori milo masuk.aku ckp laa....hari ni lori milo dtg.wow..student pnya rspon sgt menggelikan hati aku...hehehe...ade ke..semua budak keluar kelas, tnggal aku dgn kerusi meja jer...ehehhehe...xpela, aku bg peluang diorg tgok lori milo cari parking..sementara dalam kelas, aku terus tersenyum sorg2 mengenangkan gelagat diorg...ntah2 aku dulu camtu ke???
kebetulan masa tu hujan, so, tak boleh nak stay lama kat situ.lastly, lpas dah bg air satu container besar, lori pn blaaa....

'cikgu, lori dah xdak..'
hehehe....sian....ko tak pernah nampak lori ke???

lepas semua dah masuk kelas, aku sambung balik ngajar....tgh syok2 ngajar dgr balik bunyi lori menderu dpan sekolah...
ade gak budak yg kuar....hahahahha...rupanya lori sawit tgh lalu.....

thanks cik google...

Tuesday, September 29, 2009

aku yang melukut di tepi gantang

Aku org bujang,belum ade suami,anak2...tp diorg suke cite hal suami,hal anak2,hal bilik tidur,hal2 dlm baju.citer dpn2 aku..aku xtau nk respond ape.aku pn t'sengih2 je mcm kerang busuk.seolah2 aku pn byk sgt pnglman hal2 blik tdo..aku sngka baik.may be diorg nk aq amik iktibar drpd kisah diorg..tp aku mmg xsuke.sbbnye,smbang hal2 mcm ni cmpur dgn kaum yg b'lainan jntina skali..

Aku hanya sandaran,gaji pun dibayar ikut hari bekerja..duit pn xde melimpah-ruah.tp..alhmdulillah,rzeki ALLAH sntiasa cukup.diorg suke tnjuk'n katalog mnde ape2ntah kat aku.aku hnya mmpu belek 5,6 kali.seolah2 aku sgt berkenan dgn mnde alah tu.sbnrnya aku mmg b'kenan...tp aku masih berhutang...saman pn xbyar lg.huawawawa...so,aku letak balik brg yg aku berkenan td.aku rsa ok berniaga msa bertugas.nk cari sumber pdpatan lebih la katekan...tp aku mmg xsuke,klau smpai lupakan priority.nnt kt akhrat nk jwab ape?huhhhh...

Aku masih mentah...diorg dah masak ranum.aku slalu nk jadikan diorg cntoh n rolemodel dlm tugasan.tp aku konpius.diorg slalu buat mnde yg dilarang.msa bljar,aku diajar senyap bila org len tgh bercakap.tp diorg suka bising jgak.mne satu yg betul?I got confused daaa...

semoga aku dapat menjadi pendidik yang diredhai ALLAH dunia akhirat...
syoknya raya.....

Monday, September 28, 2009

ramadhan yang berlalu

sayu meninggalkan ramadhan walaupun sudah seminggu berlalu...syawal yang menjelma menandakan hari kemenangan...apa erti kemenangan pada aku.puasa pun xpenuh.memang lumrah setiap wanita yang normal akan mempunyai hutang puasa kan...tapi...berbaloikah sebulan ramadhan sebagai bulan tarbiyah untuk kehidupan selepas ini...

cukupkah amalanku di bulan ramadhan untuk menampung segala kekhilafan di bulan yang lalu..

akan istiqamah kah aku dengan amalan yang dilakukan untuk mencari pahala berganda


syawal yang baru seminggu begitu bermakna buat aku.tahun ni, alhamdulillah...semua adik beradik masih diberi keizinan oleh ALLAH untuk bertakbir dan berkumpul di pagi syawal bersama...belum ade yang disambar pasangan untuk meraikan hari raya di rumah mertua....hikhik...syawal begitu bermakna apabila kita semua dapat berkumpul.walaupun pagi syawal, aku dikejutkan dengan msej yang begiti menyayat hati...pukul 6.15 aku dapat mesej dari adik aku

'drive elok2 tau...abi baru dapat berita, mak temah telah kembali ke rahmatullah. eksiden on the way balik kampung kat taiping...'


alfatihah untuk mak temah...semoga rohnya dicucuri rahmat selalu...


SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA MUSLIMIN-MUSLIMAT...MAAF ZAHIR DAN BATIN ATAS SEGALA KESILAPAN YANG DISENGAJAKAN ATAU TIDAK DISENAGJAKAN...
acara wajib...bersalaman ngn sanak saudara...kena ambil peluang bercuti untuk merapatkan ukhwah islamiah...

Sunday, August 23, 2009

selamat menyambut bulan RAMADHAN

salam ramdhan buat semua. moga ramadhan tahun ini membawa 1001 keberkatan buat kita semua

alhamdulillah, tahun ni aku masih berpeluang melalui bulan RAMADHAN yg penuh hikmah.terasa sayu mengenangkan sahabat, saudara yg masih bersama pada ramadhan yg lalu, tetapi sudah di alam sana pada ramadhan tahun ini. teringat juga kenangan berbuka puasa bersama sahabat semasa di alam pengajian.

bertadarus bersama sahabat di taman segar, bersembahyang terawikh, berbuka, bersahur bersama sahabat yang sentiasa memahami. sekiranya kelas diadakan pada malam terawih, maka kami akan solat terawih selepas usai kelas. dan masing2 akan tolak menolak untuk menajdi imam. akhirnya, akan ada yg mengalah untuk menjadi imamah.kalau tidak masih berlaku adegan tolak-menolak sehingga larut malam

teringat juga majlis jamuan yg diadakan sempena khatam tadarus al-quran.masing2 menunjukkan skill memasak.dan semestinya aku yg paling tak tau masak. menu utama masa jamuan tu ialah nasi impit.masing2 call mak sebab nak mntak resepi. aku plak ambil kesempatan untuk keluar beli barang di kedai belakang. balik dr kedai...


'kinaaaah, cepat...tulun!!!'
alamak....apa yg berlaku ni...aku pn terus lari masuk dapur...
huhuh...tgok2 dapur dah berasap..
hwaaaa...dapur terbakar...ape lg.....smua dah kalut....seb baik xterbakar trukksss
kalau xjd knduri laen plak


alhamdulillah...tahun ni pose kat umah, ngan abi, umi and adik2

Sunday, August 16, 2009

life become very busy..





lamanya kina x apdet blog.huh...series, kina memang busy.pagi pi sekolah, petang kdg2 ade aktiviti kat sekolah, malam ngajar tuisyen...bila masa nak bukak blog.hmmm....miss the momment that i can post n3 everyday.but nowadays, i have a big responsibilty.my students is more important that everything..than my leisure time..

bessttt sngt...semalam kina konvo..look into my face, it's tell how happy i am...

Thursday, July 30, 2009

tuisyen percuma!!!

PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK TAMAN GEMILANG
NO 4 JALAN GEMILANG
TAMAN GEMILANG
45300 SUNGAI BESAR
SELANGOR DARUL EHSAN

  • KINI TELAH DI BUKA SETIAP HARI!!!
  • TERBUKA KEPADA KANAK-KANAK 18TAHUN KE BAWAH
  • PELBAGAI AKTIVITI DIADAKAN
    SEPERTI KELAS TUISYEN,KOMPUTER,IQRA,PERMAINAN INDOOR DAN OUTDOOR, KELAS MEMBACA,MEWARNA,TARIAN TRADISIONAL DAN MODE
  • PELBAGAI KEMUDAHAN DISEDIAKAN
  • SEGALA AKTIVITI YG DIADAKAN ADALAH SECARA PERCUMA!
  • KEHADIRAN KANAK-KANAK AMAT DIALU2KAN UNTUK MEMERIAHKAN LAGI PAKK
  • PIHAK PAKK JUGA MENERIMA SEBARANG PENDAPAT/IDEA DARI IBUBAPA UNTUK MEMPELBAGAIKAN LAGI AKTIVITI DI PAKK
    *Sebarang pertanyaan sila hubungi:
    0129313439( Cik Najiha)

Friday, July 24, 2009

budak pelat

lama dah aku tidak berkesempatan untuk mengupdate blog..nikmat kesenggangan waktu telah diganti dengan nikmat lain...skrg aku dah bzz sket.buat ape ntah...


ok, semua tlg senyap boleh. selagi tak senyap, kite xakan mula blajar..
seorg murid pelat masih berlari ke sana, sini seperti cacing kepanasan...

'shahadan, tolong duduk tempat awak...'
'potpet....mcm2 syahadan serita kat aku.....dgn perkataan yg aku kurang fahami'

'ok2...syahadan nnt dah besar nak jd ape??'
'tata tigu...'
jenuh aku memikir...apakah profesion yg ade kaitan dengan tata...i know 'tigu' tu refer kepada cikgu.
mungkinkah dia nak jadi pegawai LADA...yg ade kaitan sikit ngn agriculture...
'owh, shahadan nak jadi LADA ye???'
'bukan...saya nak jadi taga macam kat sekolah tu...'
kali ni, percakapannya lebih teratur...baru aku faham, rupanya shahadan bercita-cita untuk menjadi seorg jaga aka pak guard...
hukhuk...aku tak pernah dgr org yg bercita-cita nak jd pak guard.bukan aku nak memandang rendah ke atas kerjaya pak guard, tapi biasanya budak2 msti bercita-cita tinggi...ade nak jd doktor, cikgu, polis, askar...lagi2 budak2 skrg ni...

'shahadan tak nak jadi cikgu ke?'aku saje tnya nak tgok reaksi murid berkenaan
dia menjawab dgn telo pelat
'saya nak jadi cikgu, tapi nnt saya terangkan murid-murid tak faham saya cakap ape, sebab saya pelat...'
huhu...aku terus sedih...siannya budak ni.
'shahadan, awak nak tak petua menghilangkan pelat...?'
'nak cikgu'shahadan kelihatan begitu bersemangat
aku pun bagilah petua yg umi aku guna...sebab dulu one of my sibbling also pelat...
beberapa hari kemudian aku tanya balik kat shahadan...
'awak ikut tak petua yg cikgu bg...??'
'ikut cikgu, tiap2 pg sy buat....'

Wednesday, July 15, 2009

Seorg murid bernama azmina

Satu hr tu, aku balik lewat dr sekolah.kbanyakkan murid dah balik kcuali tggal bbrapa org.msa aku tgh nk kunci bilik,seorg murid yg bernama azmina fawiza dtg kat aku..

'ustazah,hr ni mak kite xamik kite'
Owh..ni ayt pnyata kn????

'ayah awk mner?'
'Ayah kite kerja.ustzh balik ikut jln maner?'
Aku still xfham lg 'sign' yg dia bg...

'ustazah ikut sane,umah awk kat mner?'
'ustazah bwak je kiter,nnt kt tunjukkan umah kt'

Huhu..yeah...tu dia...sign yg pling clear dan mudah difahami...
Msalahnya, aku lalu sana,umah dia lalu arah berlainan..
Tak lma lpas tu, kluar sorg tkg sapu.dia pn nk blik gak.malahan, menaiki kereta.dah tntu lebih selesa mnumpang org yg berkereta drpda naik dgn aku yg bermotor..lebih2 lg arah jln umah dia sama ngn pkcik tkg sapu.
Tapi,pkcik to boleh buat xtau je.aku pun suruh azmina naik dgn aku.

'azmina,ckgu mane ade helmet,xpe ker?'
Lama azmina terdiam.akhirnya dia bersuara 'elmet tu ape ckgu?'
Adooi...helmet tu nama puak amish kot ek...
Helmet tu topi keledar syg...
'xpe ckgu,kt bukn lalu dpn polis pun.'
Huhu..pndai gak kamu ni azmina yer..Aku pon merempit dgn lajunya...Sempat pulak azmina jerit dr blkg...
'ckgu bwak mtor lajuuuuu'
'ckgu!turun kt cni jer xpe.'cpat2 dia suruh aku berhenti dpn simpang sbelum msuk kedai.aku xtau umah dia jauh lg ke x?tiba2...enjin mtor aku mati...aduuss..

'azmina, kirim salam ngn mak awk erk..'
'muka azmina tersengih2...
'ckgu krim salam dgn mak kIter?'
Hmm..ckp ustzh sakinah kirim salam..
Aku rsa dia mcm plik dan xpercaya aku kirim salam ngn mak dia.dan....
Dia terus berlari laju dn membiarkan aku berhempas pulas nk start motor kapcai aku....hehehe...

Monday, July 13, 2009

the great transformation

dulu lain, sekarang aku dah lain...
dulu masa praktikum aku jadi teacher sbb ajar sains, skrg aku dah jd ustazah sbb ajar agama (J-qaf)
mmg lain benar rsanya ajar sains dgn ajar agama...
dulu ajar sekolah rendah, skrg plak ajar sekolah menengah
lagi lain rasanya...budak sek menengah matang, semua kt instruct jer, sek rendah...smua nak kena tulun buatkan...

dulu sek aku kawasan pekan, skrg ni aku ngajar kaw luar bandar gilaa....
pernah satu hari, aku pi sekolah ngn motor...lpas tuh abih taik lembu berselepat kat tgh jalan...
huhu...mmg adventure...tapi lg adventure kat sabah, sarawak laaa...
dulu satu kelas smpai 45 org, skrg satu kelas tak sampai pun 20 org...
mmg relaks laaa

ajar sek ren ngn sek men mana lg besh???
hmmm..i prefer ngajar sek ren. lg..best...budak2 selalu buat aku tergelak sorg2..

hari tuh msa aku ngajar ade sorg bdak drjah 1, tlg picit leher aku....hehehe....kalau budak ting 1 buat gitu kat aku, msti haru jadinya kan???


Wednesday, July 8, 2009

knape ustzh pakai sarung tangan

masa aku tgh write something on the white board, one of my students come in front...(year 3 class)
'ustzh, knapa ustzh pakai sarung tangan..'
aik...sejk bila pulak aku pi ngajar pakai sarung tangan...hmm...may be sarung tangn tu refer kpd arm sock
yeah...this is the right time nak berdakwah...betul laaa....org cakap, bila dah ngajar, byak pluang kita utk berdakwah..but, how we want to make sure student akan ingt and follow what we talk...
'hmm...awak tau tak???lengan kt sbgai perempuan ni aurat tau....'
'sape tau aurat perepmpuan ape dia??'
aku sengaja nak tgok reaksi mereka..
masing2 bg jawapan yg hampir tepat...
aku mengandaikan...students nowaday dah very common dgn ilmu2 fardhu ain ni...cuma application dan practical je yg agak kureng...

'ustzh, klau pakai mcm yg remaja-remaja kat luar pakai tuh tak boleh ye ustazah'
seorg murid bertanya sambil menggayakan pakaian remaja sekarang yg jelas tidak menutup aurat..adooi..pandainya anak murid skrg kan???walhal sek yg aku ngajar skrg ni ialah sekolah luar bandar dan dikategorikan sbgai sekolah kurg murid...tapi dia boleh ckap berkenaan akhlak remaja...

'hmm...ye sayang, mmg tak boleh pakai mcm tuh...nnt dosa, nmpak aurat..'
nampaknya aku kena berdiplomasi sikit dgn mereka...
'saya tak nak ustzh, nnt kt masuk neraka...'
murid2 yang lain juga menyampuk dgn kata2 sedemikian...semua takut nak masuk api neraka
eekkk...sucinya hati budak2...

'YA ALLAH, TETAPKANLAH HATI MEREKA DALAM IMAN....SEMOGA MEREKA AKAN MENJADI MUKMIN YANG SEJATI PADA MASA INI, AKAN DATANG DAN SELAMA-LAMANYA...'
ni pun nampak aurat tau...hikhik....lengan nampak...

Saturday, July 4, 2009

laskar pelangi


Beberapa mggu lPas my sis rturn back home stlh sbulan kt indonesia.antra buah tgn yg aku suke sgt ialah movie laskar pelangi...yeah..I like this movie.really meaningful and lot of lessons

b4 watch the movie I choose my hometown as a venue to be posting...huhu.after cmpletd watching I want to change the venue.huh...dah due date plak.baru igt nk tkar mntk sabah/sarawak..hehe...[ckap kencang je]..

Aku nk jd mcm bu mus.yg sggup menolak twaran mngajar di skolah yg lbih lgkap kmudahan demi mngajar ank2 miskin.dulu msa prktkm kat skolah kat perak,aku ckup x betah.sek yg kcik nk menampung 1000 pljr.surau xckup bsar,mkmal xlgkap,klas kena share, dewan xde kipas,slaloo black out,bilik guru mcm tong sardin,buku dlm library boleh bilang dgn jari sbb sket sgt..huhu...apela sgt nk dbnding'n dgn skolah kat dlm cter laskar pelangi tu..pndg atas nmpk awan je sbb bumbung bocor.

Aku sarankan kpda bakal2 ckgu atau yg dh jd ckgu tp slalu mrungut tak puas hati psl kmudahan tak lgkap,pi laa cr movie ni.kt nk deliver knowledge, nk bntuk anak bngsa, kena ketepikan sgala kemewahan...

Pssstt...cikgu aku prnah ckp,sakinah...you have choose to be a teacher.welcome to the club...kata org pilih ckgu ni kena bersedia nk hidup susah...

Wallahua'lam...

semoga aku sntiasa ikhlas utk mnjadi guru..

Monday, June 22, 2009

setelah 2 bulan...

setelah 2 bulan aku abih belajar a.k.a menganggur apa yg aku buat??

pergi library pinjam buku, ptg dah abih baca pulang balik....
konon2 buat landscaping, baru menggembur tanah dalam pasu, tangan dah sakit2...
tolong umi masak, walhal...tolong perabih boras...
tolong adik2 nak exam dan buat folio yg macam2, huhu..esok nak hntar baru aku nak tolong....
tolong abi berkebun, walhal tolong tengok je......
azam nak perabih baca buku 'la tahzan'....bila pegang jer buku tuh, aku rasa mata aku terlalu berat untuk dibuka....

huhu...entahlaaa....kesimpulannya.....aku kena berubah,

aku kena pinjam buku yg lebih bermanfaat...
kena buat landscape betul2...nak kumpul duit nak buat mini fountain...
nak belajar masak macam2...
najwa nak PMR, so aku kena tulun ajar mane2 yg dia tak faham
tulun abi kat kebun...bukan tgok2 jer.kalau tgok baik tak payah ikut pi kebun...

my dream landscape...hehehe...beria2 lebih..

Monday, June 15, 2009

seorang abi dalam hidupku...

hari bapak bila ek???tak tau...tak pernah amik tau.bila org dok sibuk wish father's day..then i want to involve too...yg pastinya kasih syg kina utk abi, not only at this momment, but it will continuosly and never stop.
abi yg snggup berkorban segalanya utk anak2 yg nakal dan byk hal.abi garang x??huhu...garang maaa..tau tak, kina takut ngn abi. sbb abi garang. tapi garang abi bertempat.


huhu..anda pernah tak kcik hati ngan abah anda...kina pernah tau.kdg2 kcik hati ngn abi.almaklumlaaa...org tua, pndapat org tua msti tak sama kn ngn org muda..kina nak cmtuh, abi nak camni...kina nak pi ctu, abi nak pi cni...beselaaa....tapi kina tau, abi msti nak ssuatu yg terbaik utk anak2nya...

tapi prinsip abi...kalau abi ckp mcm tu, mcam tu laaa kina kena ikut.no doubt, no objection.huhu...lalu kina pun akan membebel sorg2 sbab tak puas hati.but, finally kina dapat gak terima.kina tahu...abi buat cmtu sbb nak yg terbaik utk anak2 nya...
pernah satu hari, kina ada program agama. tapi tak de kawan nak pi.mntak izin kat abi, tp abi x bg..huhu....kina tak puas hati...pliks laaa.bukan nak buat mnde tak elok pun, apsl tak bg jgak.lpas tu umi ckap, kina...redha je.abi tak bagi sbb abi risau keselamatan kina.nak pi sorg2 tmpat yg kina tak biasa.skrg kn mcm2 kes. abi nak anak2 abi smua selamat.huhu...sdey laaa...


'kina sayang abi tak?'
'mestilaa sayang'
'kalau kina sayang abi, jangan buat benda yg melanggar syarak, aurat kena jaga, maruah diri, solat jgn tggal...., kalau kina tak ikut syariat, nnt abi yang kena soal dulu..abi yang kena seksa dulu sbab kina bawah tanggung jawab abi tau...'
sob..sob


Semoga abi dipermudahkan segala urusan.

SEMOGA ABI BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT...amiin

Saturday, June 6, 2009

little lady marriage

Tajuk in english,n3 in malay.kwn kt mse kcik2 dulu dh nk tawen.nma dia JAMILAH.nma penuh suami dia kt xtau.tp dia slalu cter kt kiter,nma suami dia anas.kwn kter kcik je.tomei2 gtu.msa org nk merisik kn,becoming mom in law dia tnya...'mne yg nk tawen ni?'huhu...bila tnjuk kt jamilAH,smua t'kezxut..oohhh...ketik2 dh nk tawen.boleh ke nk bg mkn ank laki aku.agk2nya mom in law dia pikir gitu kot.

Dulu msa ketik2,slalu ckp2,nnt dh besar nk duduk dkat2 je.kt berjiran ek.huhh..otak msih t'tutup mse tu.dulu kt suke kngsi2 bekal ngn dia.bkas mknn dia wrna biru.slalu isi mee kerinting.sedap..rajin umi dia masak.kt pulak suka bwk bihun kecik.mkn sme2.

Mcm xcaye plak.tuptap..dia dh nk tawen.dh sdia???huhu..semoga berbahagia slaloo..doa'n kbhgiaan kt jak ye.

pssstt...mse pi knduri tu jmpa ustzh yg ajar msa kina skolah rendah, eikk..yg belakang tu bila pulak....hukhuk.....ustzh doakan ek...

Thursday, June 4, 2009

i'm feel rejected

huh....lately i always feel rejceted by somebody...why??not need to tell here...biarla rahsia...chaos..and this is my first entry in english.grammar mistake is a silly mistake for me...ignore it.

act..i'm always rejected...but at this momment, the rejection is really make my heart hurt and broken...hahaaahh...let's by gone be by gone

alamak...ada org dah start merepek...ni entry merepek sbb tak de idea...

SELAMAT BERCUTI KEPADA WARGA SEKOLAH.....

Tuesday, June 2, 2009

ngaji dgn org tua

Hati dh hitm mcm kicap.dh lma x dgr tzkirah.usrah pn dh lma xde.abi sbuk sgt lately ni..smoga abi sntiasa dipermudah'n sgala urusan...amiin.ikutla umi pi ngaji last week.ngaji utk org2 tua.tp org muda pn buleh join

Hmm..tp seronok.t'hibur dgn telatah mkcik2 tu smpi kina t'snyum sorg2 msa ngaji.b'untungnya kt yg msih muda.mmpu m'baca tnpa m'gunakan spectacle.adelaa sorg nenek tu xbwk tfsir.duk sbelah kina.kina ajak share tfsir..huh...tulisnya aluus.xnmpak.tu utk yg muda2 je.dlm rmai2 yg mngaji tu,hnya 2 org je yg xpkai spectacle.tu pn gna tfsir tulisan bsar..smoga kt dpt m'gunakan nikmat ALLAH sbaik2nya sbelum ditarik balik.

Ustzh cerita psl mknn halal hram.ustzh ckp cklat cdbury haram sbb ade wain.nenek yg dok sbelah kina tnya,
'cklat ape yg xboleh mkn?'
Ustzh ulang blik...'cklat keberi..'
Hmmm...nenek tu still blurr...
'cmne rupenye?'
Kina explain laa...cadbury laa,bukan keberi...cmner bntuknya....
'entah lho...aku xprnah mkan'
Hehe..nek,ni mknn org muda...nenek tu buat muka blurr lg.kina pn snyum2 sorg...

Ustzh ade bg satu doa.kina pn salin laa.ade sorg acik ni nmpk kina salin,dia pn suruh kina tlg salin'n...mkcik lain pulak nmpk.dia nk salin,tp xreti sgt tulis jawi kot.sian kina tgok..tp dia mcm b'usaha Nk salin jgak.last2 dia suruh mkcik lain tlg salin'n.tp mkcik tu xmau..
'aku xpande nulis jawi'...pekat loghat jawa mkcik tu...seb baik kina paham..
Finally.mkcik tu nk ftostat krtas doa yg kina salin tu.hehe..tulisn kina yang burook..mcm cacing.adoooi...sian kina tgok...
Smoga ALLAH m'beri gnjaran ats stiap ksungguhan mkcik2 tu mnuntut ilmu...

Jmaat ni ade lg kelas...jom pi.kina nk war2 kn...utk muslimah shja...

kelas ngaji brsama ustzh joha akn diadakan pada jmaat,5 jun di msjId jamek sultan hishamuddin ,sabak bernam..pukul 9 smpi 11 pg...jomlaaa kpd sape2 yg b'kesempatan.(free je.no payment even hidden...)..best wooo.


pssst.....nih bukan msjid sabak bernam tau....

Saturday, May 30, 2009

thank you balqis


dapat award dari Balqis...sahabat lama masa kat SAMBEST dulu...

semoga Balqis berjaya menjadi seorang doktor yang beriman lagi bertaqwa....amiin

Wednesday, May 27, 2009

kisah mizah dan cikgu sakinah

hehe..nak citer pulak pasal student yg bernama mizah.

dia bg msej kat aku...

'askum cikgu saya ni mizah cikgu saya rindukan cikgu sangat sangat sampai peraksa hari tu saya tak boleh buat ada empat saya tinggal.cikgu sihat?'

adooi...mizah, mizah....mane boleh bg salam askum2 ni.sms awk ni tak bernoktah...nseb baik ckgu faham.huhu...sadisnya...merindui aku sampai tak bleh jawab exam...

then, aq reply

'hmm...xpela..soalan tu susah sgt kot...bca buku utk subjek seterusnya. kawan2 smua sihat? ckgu doa'n awak.kirim salam kat kawan2....ckgu pun rndu sgt2 kat awk semua.'

esoknya, mizah mesej aq balik...

'cikgu saya dan rakan rakan sihat dan soalan itu tak ada la susah sangat tapi mizah yang tak buleh buat pasal teringat kan cikgu dan kami semua baru semalam abis exam. cikgu datangla sekolah kalau cikgu nak jumpa kami dan bila bila masa pun cikgu boleh datang jumpa kami. cikgu bila nak datang sekolah kami semua rindu kan cikgu datang la cikgu'

heheh...seb baik aku faham. mgkin mizah perlu semak balik buku tatabahasa utk belajar meletakkan noktah.

lagi sadis...dok teringat sgt kat cikgu dia yg langsung x best ni.then, xbleh jawab exam.

aku reply...

'xpela...nnt ade masa cikgu dtg sana. tp jauh sgt laaa...klu dekat, ckgu bleh dtg sana selalu smbil ajar2 awk smua.awk la dtg umah ckgu.hehehe..'

mizah reply lg..

'mana boleh cikgu jauh sangat rumah cikgu.cikgu petang karang saya tel guna tel awam tau kita boleh la sembang lama sikit. kami sayang....cikgu'

huhu...siap nak kol aku guna public phone...aq bayang'n mizah ngn kawan2 dia akan ke public phone msa tgh belajar dan dia memang menempah maut. sbab public phone tu dkat dgn bilik ckgu disiplin...cikgu yg sgt digeruni oleh pelajar.lpas tu nnt, mizah ngn kawan2 akan dimarah..


bila ckgu tanya

'awak nak call sape masa tgh kelas ni?'

mizah msti akan jawab....

'saya nak sembang ngn cikgu sakinah'

waaa......syahdunya...last2 mizah and kuncu2nya akan dikenekan tindakan disiplin sbb nak call cikgu sakinah...

last2 aq pun call mizah...uit...baru tut skali dia dah jwb phone...xcited dia nak sembang ngan aku....

cikgu....soalan tak susah, tapi sbb bahasa inggeris, kami tak faham....


ksimpulan dr kisah mizah dan cikgunya ialah......
dasar PPSMI perlu dikaji semula dgn lebih terperinci...

mizah ngan kuncu2...dia yg pakai baju purple tu tgh ajar kwn2...

Tuesday, May 26, 2009

mana tarbiyah kt lepas 5 tahun

tajuk nmpk mcm gempaq..sebenarnya nk menyatakan susahnya tarbiyah yg elok nak lekat dlm diri kite kan...
kina sekolah agama dr ting 1 smpi ting. 5..xcukup dgn tu msa sek rendah, abi ngn umi hntar pi sekolah rendah agama lg msa petang...kdg2 pun kat umah ade usrah ngn abi...tapi ni pun susahnya nak istiqamah.

dulu masa kat skolah, mcm mana pi dwan makan yg asing boy and girl pn boleh pakai tdung labuh, pi prep class sock wajib pakai, batasan berkomunikasi ngn laki ckup terjaga, amalan2 sunat mcm puasa, baca ma'thurat, baca manzil, tadarus, senang je nak buat...

tapi lepas kluar skolah agama, kenapa ek...kite lebih senang ikut budaya luar yang kurg sihat...mana ntah perginya tarbiyah 5 tahun kat skolah agama tu...bnda jahat, xsampai setahun dah boleh terbentuk....(nauzubillah..)

lebih senang nak pakai pakaian yg x menutup aurat walaupun kiter dah dilatih pakai pakaian yg menutup aurat. xckup dgn tu, kiter boleh keluarkan hadis dan dalil wajib menutup aurat...huhu...cmne ek....

rupa2nya keingkaran yg kite buat ni, bermula dgn yg kcik2 kan....bila dah biasa dgn yg kcik, kiter dah rsa buat yg bsar pulak, bila dah buat yg besar smpai ALLAH tarik rasa bersalah buat maksiat...(huhu...takutnya.....nauzubillah...)

cerita seorg hamba ALLAH....
dia seorg yg kukuh background agama.mula2 kluar skolah agama, tanggal socks. lpas tu, tdung makin kcik tapi xjarang, lpas tu skrg dah pkai tdung yg makin kcik....xckup dgn tu....baju dah mcm org xckup kain.sluar sket pnya kentat smpai susah nak kentut...

kina pernah cuba2 tnya kat dia...
'kina, aq tak mau hipokrit...aq dulu mcm tu sbb aq couple ngn bf yg belajar kat mesir, skrg aq dah clash...aq jd xmau ikut ape yg dia soh aq buat dulu....'

huh..yg soh kiter mnutup aurat tu....pakwe dia or ALLAH....
tepuk dada tanya iman???

SEMOGA AKU MAMPU ISTIQAMAH DALAM APA JUA HAL SEKALIPUN....AMIIN

gambaq...xde kaitan langsung dengan n3 kali ni...just ignore...where I am????

Sunday, May 24, 2009

selamat bertunang

sorg2 kawan kina dah start nak masuk alam rumah tangga...hikhik...
soalan bonus...kina bila lg???

hmmm...ade jodoh maka, kina pun akan meninggalkan alam bujang dan memasuki fasa berumah tangga....doakan ek...(msalahnya..calon pn xdak....huhu..)

hari ni my best frensss ita dgn pasangannya Fahrul Razi akan bertunang di Felda Jelai.

maaf ek xdpat nak memeriahkan majlis pertunangan ita..kina xde duit nak berjalan smpai n9..hukhuk...

nnt tawen, kina dtg ek...insya ALLAH...

rsanya masih belum terlambat nak wish selamat pengatin baru kepada suriati dgn psangannya Kama..(heheeh..xtau nama betul ape, tp dia bese cite nama Kama...)

semoga kalian berbahagia hingga akhir hayat....amiin

Friday, May 22, 2009

kina n adik angkat

kina dgn adik angkatnya
mmm..boring2 ni teringat pulak kisah masa kat buat praktikum dulu...satu hari tu kina bg tazkirah kat student berkenaan ibubapa. lepas abih tazkirah ade student jumpa kina.bercerita krisis keluarga yang dihadapinya...kina tanpa fikir ape2 dgr laaa masalah student ni.sebelum mengakhiri perbualan, dia sempat mntak no kina dan kina pn bagilaaa...beberapa malam lpas tu, dia msej kina...bercerita ttg masalahnya dan bercadang untuk mengambil kina sebagai kakk angkat...huh....malas kina nak layan. kina tak reply msej tu...kina rasa dia dah over sbb nak mntak perhubungan yg lebih2...kina tak suka...
kina terus tdo...mlm tu dia msej lg.

'cikgu, kasut saya koyak...nak pinjam duit cikgu boleh tak???'

adoooii..siannya dia.tp kina rasa dia mmg dah melampau...kina cerita kat sorg ckgu tuh, dia suruh kina check nama budak ni dalam senarai KWAM, bantuan kewangan murid...nama dia xde...maksudnya dia bkan student miskin....

hmm...macam2 prangai budak skrg ni...nak mntak attention lbey dari ckgu....esoknya, kina jmpa laaaa ngn student ni...dgn kain cikang mcm umah banjir, pakai gelang hitam, tdung pendek, lengan lipat sampai siku....

cmner nak buat ni????yeah....i need to help this student...not only for her bdget, but the most important is her attitude....
kina pun goreng laaa budak tu....2,3 minggu lpas tu, jmpa balik....kain dia dah start cikang balik, gelang pun dia pakai balik, lengan baju pun dia lipat balik.....
huhhh...kina dah geram.....sorg cikgu tegur kina bila dia nampak budak tu masuk bilik guru...

'kina, adik angkat awak dah dtg............'
tamauuuuuuuuuuu...huh....papentah

Tuesday, May 19, 2009

selamat hari guru...

ketinggalan zaman pnya n3. 16 mei dah lpas, tp aku baru nak post n3 pasal hari guru.

1st of all nak wish selamat hari guru kepada guru-guru di sekolah berikut:
- sekolah kebangsaan doktor abdul latiff, sabak bernam
-sekolah rendah agama muhammadiah batu 40, sabak bernam
- sekolah agama menengah muhammadiah batu 40, now known as SAMM batu 1, sabak bernam
- sekolah agama menengah bestari, subang Jaya
terima kasih atas segala pengorbanan dan perhatian yang diberikan...

huhu...msej2 hari guru yg aku terima sempena hr guru..
sms1 : from my pren..
pergi ke kelas berbaju merah,sambil berjalan kepala di garu,thniah mngajar smpai naik darah,selamat hari guru....(huhuh..setahu aku, aku tak pernah ngajar pakai baju merah, wrna maroon aderla..)

sms2: from my twin..
kina, slamat hr guru..nnt kiyo byar hutang smpena hdiah hari guru..(huhu...merepek jer..nnt2 laaa hutg tuh...xpyah berkira sgtlaaa...)

sms 3: from my student...
assalamualaikum cikgu sakinah, saya anak murid ckgu, husna dr 1 wira, ckgu igt lg x?cikgu apa khabar?sihat?lgi 1, saya nak ucapkan selamat hari guru buat cikgu sakinah, kami semua sayang cikgu(aku copy sebijik2 ucapan student aku ni....then, aq reply laaa...husna bljr btul2 ek...semoga berjaya dalam exam ni...cikgu rindu kt awk smua..ckgu doakan awk berjaya)

sms4:student lg...
askum...cikgu ni nora s.m.k. khir johari, 1 wajaSELAMAT HARI GURU BUAT CIKGU TERSAYANG.
Daripada: Nora
untuk: cikgu sakinah
(aku x reply msej ni...sbb tgh kat msjid...dia msej lg..)

semoga cikgu akn menjadi guru yang berjaya dan baik. nora doakan cikgu supaya dapat berkahwin dengan orang yang beriman dan baik hati.nora tengah rindu kat cikgu.kawan-kawan semua sihat tapi perangai ahyar yang suka ponteng tu x ubah-ubah, semenjak cikgu x ajar kami lagi, nora tengok ahyar dan semua murid x suke ngn cikgu tu sebab garang sangat

(alahai...nora..lenkali sms, guna short form jerlaaa...pjg btul awk msej ckgu...abih kredit awk...huhu...aku suka doa nora...dia doakan aku dpt suami beriman...amiin...semoga doa nora dimaqbulkan....sempat pula nora nak ngadu perangai ahyar yg nakal tu..hmmm...rindunya kat you all smua....)

aku reply...
thanks nora, belajar betul2. cikgu tau nora boleh kan???msa cikgu ajar hr tuh, ckgu tgok nora faham..cikgu doakan.klau ade ape2 yg tak faham, sms cikgu ek...

nora reply lg..
thank you teacher.nora faham tapi nora x faham bahagian matter
aku reply...ok, nora baca balik semua nota yang cikgu bagi.buat latihan dalam buku oren tu.nnt x faham jugak, ckgu explain balik k...


nora reply balik...

k. kwn2 semua kirim salam kat ckgu. xsilap nora hari selasa ni pereksa kot. cikgu doakan nora supaya berjaya.kalu cikgu nak kawin, cikgu jangan lupa ajak nora ek....
(adooooi...nora ni mmg x sabar2 nak tgok ckgu dia naik pelamin kot kan????alamak, nora...may be not around the corner laaa....calon pn belum ade...tak pe nora, nnt nak tawen, cikgu jmput smua student ckgu, you all x datang siaplaaa..)


sms 5:
student lg selamat hari guru to amin
(huhu...aku konpius...dia nih salah hntar msej ker???nak wish hari guru kat aku or kat amin..,owh...sepatutnya msej tu berbunyi... 'selamat hari guru from amin...'hmmm..xpela...cikgu faham. yg pnting msej sampai kat ckgu...wpun ni student klas blkang, dia igt lg kat ckgu dia yg x beshh ni...thanks amin.cikgu doakan amin berjaya dunia akhirat....

cikgu akan sentiasa ingt kamu.....

Friday, May 15, 2009

lepas ni susah nak dgr tazkirah ceegu...



Alaa.sadisnya bila one of my student ckp cmtu mse last day kt skolah.huhu.xkusangka.ingt'n tzkirah yg kina bg tu msuk tlinga knan kluar tlinga kiri.rupenye ade jgak yg series dgn ape yg kina ckp.cikgu,lpas ni sape nk bg km tazkirah.adoooi.slama ni kina slAlu xready bhn nk bg tzkirah kt students.so,kina tgkp muat je ape2 yg cross in my Mind.klu kina tau diorg ni jnis yg dgr tzkirah btul2 baik kina sntiasa ready dgn bhn tzkirah.cri bhn rujukan lma2 kt library pn xpe.sbb ade org btul2 nk dgr tzkirah tu.

Truksnya kina.slalu b'sgka buruk ngn student.mntk mahap byk2 ek.lenkali klu ckgu ade pluang utk beri tzkirah kpdA awk smua, ckgu xkan sia2 kan.

Anak murid Aku dtg bertemu dgn ku utk b'salaman...
'ckgu,jomlaaa...bg tzkirah terakhir sbelum ckgu kluar sekolah ni...'
Huhu...sdey nyaaa...
'xboleh syg...maaf sgt2...ckgu tgh byk krja ni...'
msa tu kina tgh klam klibut nk pulang'n brg2 yg kina pnjm dr skolah...
'alaaaaaaa.....cikguuuuuuuuu....'

Aku sntiasa mengingatimu....
Semoga kalian mnjadi hambaNya yg soleh & mndpt kbhgiaan dunia akhirat....amin.

banner yg smpat kami siapkan sebelum meninggalkan sekolah.....(ikhlas dari guru praktikum sesi petang...)

Thursday, May 14, 2009

susahnyaaa nak jad baik....

Mmg sush nk jd baik.klu iman xkuat,lg laa.sng jer nk berubah jd xbaik.nk kongsi pnglman sket.kina dh berazam xmau msj ngn dia.(untk hal2 yg xpnting)nk jga hati.nk elak mksiat.xmau hampiri zina.makin kt berazam, makin kuat setan nk goda.adooi.tp dia msej lg kina.wlaupun msej dia xde kaitan ngn hti n perasaan,tp kina t'cuit gak..tergedik2...(nak reply, tak nak, nak reply, tak nak...)
'ish,xsalah msej2 cmni.nak doa'n kwn pn salah ker?'
Setan cucuk kina lg..'kina,reply jer. sian dia klu ko x reply msej dia.lgpun krdt ko dh nk expirate.lps dh expirate ni ko dh xbleh nak cntact dia...'
Huhu..kina yg lemah iman ni pun t'mkn pujuk rayu setan tu.reply jgak.msej b'kaitan doa2.
'smoga awk dlm limpah kurnia & hidayah ALLAH slaloo'
Lalu,syaitan pn gumbira pd mlm itu sbb sakinah dh tewas..yeahooo..
Sushnya nk jd baik kn?kinA b'azam buat ksekian kalinya nk jd baik betul2.xmau main2 dah.xmau cntCT ngn dia lg.lps dh bca buku abu saif, alhamdulillah, ALLAH bg kkuatan utk melepaskan dia pergi.

Aku lepaskanmu demi menjaga hatiku dr dinodai kaburan dunia...
Dunia yg dikaburi hiasan indah oleh syaitan...
Ikatan yg dihiasi bungaan indah sebelum perkahwinan..
Nauzubillah...
YA ALLAH...JAUHKAN AKU DARI GODAAN SYAITAN YG TERKUTUK...

senang jadi budak...xde masalah kan...epi jer....sntiasa baik....

Tuesday, May 12, 2009

sakinah n 'usrah'

mnde apela usrah ni???hmmm...usrah dalam b.arab mksudnya keluarga...tapi kt cni bukan nak citer pasal keluarga. nak berkongsi pengalaman berusrah...heit...jgn salah anggap, bukan bermaksud kina dah berkeluarga....

dulu masa kat sekolah agama, lpas mghrib slalu ade pengisian usrah. ade sorg kakak naqibah akan bg pengisian, bukak al-quran, bncang isu semasa. kina rasa adoooi...boringnya.dah ade tazkirah tak payah laaa nak usrah2..hehehe...tapi kdg2 best..best sbabb ape???sbab klu ade busde akhwat dlm usrah tu, km buat mkan2...tuh jer yg best. bab2 pengisian kina tak berapa nak suka...sebb kina lg suka tdo n ngantuk msa tazkirah...


lpas matriks, kina diperkenalkan dgn satu usrah ni...time tuh really gersang...xde lgsung nak dgr tzkirah mcm kat skolah dolu2..kina pn mnyesal sgt sbb x berusrah btul2 msa kat skolah...huhu...asalnya ade sorg akhwat tu ajak sbb selalu jmpa msa solat jemaah kt masjid. kina yg tgh 'zero' ni pun excited laaa. ape lg, lpas isyak terus pi surau.masya ALLAH, liqa' pertama abih dekat 2 pagi...kina xdpt terima...huhuh...knapa smpai cm ni???kina dh rsa tak mau join....


huhuh...kina yg jahat lg bnyak songeh...setiap kali ade liqa', kina yg pling dtg lewat...selalu kena perli. kdg2 kena denda...kina dah rsa tak ikhlas nak join usrah. kina ingt usrah ni skadar nak tmbah ilmu dan memperbaiki diri...but it is more...sbenarnya kita ade tnggungjawab yg lebih drpda tu...yg bestnya bila ade riadhah wktu weekend...tuh jer yg best..bab pengisian kina akan main2 ngn kwan yg sekepala dgn kina...teruksssnya dia tuh...huhuh


masuk U, kina terus di follow up,nk suruh kina consistent..kina ingt lg, msa tuh dia suruh kina cr dana utk usrah tuh, lpas tuh kina kna jual jambu...huhuh...kina tak mau jual...tp ats rsa kebertanggungjawaban, kina beli smua jambu tuh...ehhehehe...pnya laaa teruksss...bukan ape...usrah2 ni kdg2 underground sket...kena tgkap pihak kolej, tak ke naye....sem 2 kina kluar....lpas tuh kina mngalami gelombang zero for the 2nd time...harap tmbah ilmu pun, msa ade kuliah2 agama kat surau. nak pi surau, xde member..sdey sgt msa tuh...tiap2 minggu kina balik nk join usrah ngna abi kat umah...


smpai satu tahap, kina rsa down sgt...huhu...almaklumlah, xde makanan hati..kina dah pndai buat mnde yg tak elok. mnde yg kina elak msa kina berusrah dulu...last2...ade sorg akhwat ajak kina join usrah lain.kina pun join laa...seronok sgt....dpt refresh ilmu2 agama....alhamdulillah.thanks akhwat....semoga aku kekal dalam jalanNYA...


doakan aku sahabat...



Wednesday, May 6, 2009

jom berkaraoke...

huhu...best ke berkara ok tu??aku tak pernah berkaraoke laaa...tak tau???suara pn xsedap. buat ape nak tunjuk depan org. nyanyi sorg2 dlm bilik air ckuplaa...tuh pun katak dh tutup tlinga...xsuke dgr suara aku.

last week, kwn aku ajak berakaraoke...huhu...
'kina, mlm ni karaoke jom....kat _______'

huhh...biar btik mamat ni...nak ajak aku berkaraoke...takkan tak tau aku nih cmner???takkan pkai tudg labuh cmtuh nak masuk pusat karaoke...eee..common sense msti ckap mcam tak logik kan???takkan semata2 karaoke, aku kena tukar identiti dan cara berpakaian aku...na'uzubillah

'hmm...ni ajak betul ke main2 ni'
'eit...betull laaaa, apa salahnya, bukan main gitar pun..kite nyanyi2 jer'
gulpp..mamat ni mmg laaaa
'xpe kina, kite nyanyi lgu nsayid...'

dia pn nyanyi intro lagu raihan sambil tangannya buat aksi org bernasyid
'dimulakan dgn bismillah....'
'heheh...takpela..kina ngantuk, mlm ni nak tdo awl'
'alaaa...sporting la sikit kina'
hukhuk...klau tak mau berkaraoke tuh dikira tak sporting ker??tau laaa ko jenis mamat yang minat sport...klau nak sporting mehla kita bersukan...ni ajak berkaraoke...apa brg laaa
dan kina terus mengubah tajuk perbualan...dan balik tu terus tdo...xmau berkaraoke...akhir2 ni ALLAH selalu uji kina dgn kawan yg mcam2 pe'el..ade yg ajak kina tgok wayanglaaa, tgok konsert laaa hmm...

YA ALLAH, TABAHKAN HATIKU, KUATKAN IMANKU....

sorry...gambar x masuk ngn citer kt atas, taktau nk upload gmbar ape...amua x menarik

Monday, May 4, 2009

mother's day

selamat hari ibu

umi, mama, ibu, embok, mak....semua membawa 1000 pengertian.
kwan pernah tnya kat kina
'nnt dah dpt anak, nak anak pggil awk ape??'
'kina suke lg klu anak pggil kina 'umi'

hmpak mcm mak yg bertanggungjwab gitu....hehehhe
apepun, smua membawa maksud yg sama kn???mother's day bila??huh...taktau...aku tak pernah nak amik tau.hari2 msti bg spesel kat umi. bukan msa mother's day jer kan???
tp nak buat jgak laaa n3 sempena org cbuk ckp pasal mother's day

ketabahan umi membesarkan kami 9 beradik.umisanggup berhenti kerja sebagai seorg guru nak membesarkan kami adik beradik. sanggup meninggalkan alam kerjaya yang menjanjikan kemewahan sebab nak tgok anak2 membesar depan mata.hmmm....kina sanggup ker???huhuhu....so far, x sanggup kot.sbb blum merasa ada anak..taktaula nnt dah ada anak kn??....semoga kina menjadi ibu yg sanggup berkorban demi anak2nya

umi yg sanggup mengenepikan kepentingan peribadi demi kepentingan anak-anaknya....

huhuh....baiknya umi.anak umi ni je yg selalu tak baik, nakal, tak dgr cakap, pentingkan dirI sendiri....maaf ye umi..kina selalu buat umi marah....

YA ALLAH...AMPUNKANLAH KEDUA-DUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH MEREKA SEBEGAIMANA MEREKA MEMELIHARA KAMI SEDARI KECIK....dulu umi pernah suruh kina belajar kat tempat ni...tapi kina degil.xmau dgr ckap..hehehh

Sunday, May 3, 2009

indahnya ukhwah


kawan ketawa senang dicari, kawan menangis semua lari...hmmm...lumrah hidup dalam berkawan..tersentak, terasa, termakan hati....besela tuh

susah kan nak cari kawan yg sntiasa support kita, kita salah dia bleh ingatkan kita, nasihati kita....kina pernah dapat sorg kawan yg sntiasa support kina, smpi klu kina salah pun, dia support gak,kina buat maksiat pun dia support gak....adoooii...uish...payah gak la cmni...tapi...bila kita bersahabat kerana ALLAH, keikhlasan akan wujud...sahabt akan jadi cermin kepada diri kita sendiri....salah kita dibetulkan...

rindu ngn teman2 lama...


Monday, April 27, 2009

selamat tinggal tg malim

4 tahun sudah berlalu...tak sedar pn dah 4 tahun, kina kt tg malim.hr nih last day kt tg malim...tp entah2 kna posting sane lg...huhuhu...xpun tawen ngn org sane...huhuu...so,xleh nak ckp hr terakhir btul2...tapi hr terakhir kina sbgai seorg student..lpas nih pi sane dah xjd student may be...insya allah...

adooii...rindu kat kngan terindah di sekolah bersama adik2 yg dikasihi...cikgu akan ingat kamu semua...hari tuh b4 meninggalkan sekolah, kina soh leave a comment in a piece of paper...

comment 1: cikgu ckap laju sgt....slow laaa sket lenkali...tapi sy suka cikgu ajar, cikgu ulang smpai kami faham

comment 2: cikgu suka layan kami mcm budak2

comment 3: cikgu sabar melayan karenah kami

comment 4: kenapa ckgu nak pindah, saya x bg cikgu pindah...(kina pn xtau nak kategorikan nih sbagai komen or not....)

comment 5: ckgu mcm pawerenjes...huhu....kina tak tau cmner nak baca asalnya...selidik pnya selidik rupanya power ranges...(adooooiii...apsal aq macm power renges, may be suka buat aksi mcm nak terbang2 kot msa aq ngajar...)

comment 5: sya suka bau mnyak wangi cikgu...(adoooiii...student nilaaa...aq soh comment psal pNp...bleh plak mnyentuh hal peribadi aq..)

comment 6: cikgu klau cubit org x sakit lgsung...(huhu...kang cubit smpai luka, awk pi buat report plak...)

Sunday, April 19, 2009

a week more

pejam celik dah tggal sminggu jer lg kina praktikum kat sekolah tu....sdey ???seronok???hmmm..smua bercampur-baur..l

ast friday my students buat jamuan perpisahan...huuhu...konon nak buat suprise kat kina...at last..cikgu, boleh x cikgu sponsor buah???duit xckupla cikgu...ha???duit ape nih?buah ape??alamak...cmnila cikgu, kami nk buat jmuan smpena ckgu nak pindah dr skolah ni...tp duit x ckup...adoooii...sian kt depa..kina ckpla 'tak payah buat jmuan ni...cikgu x perlu tuh smua, kjayaan awk is the most important....

ala...cikgu, kami syg kt ckgu, apa slahnya klu sya nk buat jmuan...hmmmm...pndai awk smua mngayat ckgu kan???

tak cikgu, ni btul ckgu....

seb baik air mata xkluar sbb terharu...tp air liur dh kluar mmbayangkan menu jamuan tersebut...huhuhuhuh....

gambar ni xde kaitan dgn story ni lgsung...

Friday, April 10, 2009

tag inot

1. Bekas kekasih saya adalah:
saya tak pernah ader bekas kekasih...bekas air aderla kot..takmau ader bekas2 kekasih laaa.....semoga kekasih yg dimiliki takkan jd bekas.

2. Saya sedang mendengar:
empon kina baru bunyi td...mendendangkan ringtone 'destinasi cinta'....

3. Mungkin saya patut:
Patut buat bnda yg sepatutnya...antaranya cari soalan kuiz...alamak...esok kena handle kuiz, tp malasnya nak cari

4. Saya suka: suke sgt klu suka hati...alangkah baiknya kalau kiter sntiasa senang hati kan???hmmm...hidup tidak selalunya indah...

5. Sahabat-sahabat baik saya:mereka yg selalu buat baik kat kina laaa

6. Saya tak paham:tak faham laa apsal laa mood selalu tak baik akhir2 nih...asyik nak geram jer...

7. Saya kehilangan: i lost myself...aku dah bukan kina yg dulu...dulu kina periang...sekrg asyk not in stable mood jer...apsal ntah????

8. Ramai yang berkata: org skrg sibuk ckap pasal pemerintahan baru, sistem politik malaysia...yg pastinya...smpi kdg2 kina wonder???knapa nak sgt jadi pemimpin ek???ape yg istimewanya????sure ker kiter bleh pikul tnggungjawab dgn elok...

9. Makna nama saya:Ketenangan...semoga kina jd setenang namanya

10. Cinta itu adalah:semoga aku memperoleh cinta ALLAH...

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:sebelah kina, ade kwan tgh cari barang hantaran melaui internet...kina yg ajarlaaa tuh...heheh

12. Saya akan cuba:cuba mintak balik awal dr sekolah esok...sebab nak balik kmpung

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:sampai hayat terakhir

14.telefon bimbit saya:second hand jer...tak mampu beli yg baru

15. Bila saya terjaga dari tidur:saya cari henset...ade ape2 msej x???

16. Saya paling meluat apabila:org ckap tak serupa bikin...ape pnya manusia laaa

17. Pesta/Parti adalah:pesta aku tatau laaa...pasta biasa laa makan.parti plak...adalah parti politik....

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:manusia ialah haiwan...aku ramai kwan2 yg comel

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:masa aku kat sekolah rendah...syoknya...nak balik sekolah rendah...main kejar2 ngn kwan2...uiks....syoklaa

20. Hari ini:

21. Malam ini saya akan:nak tdo dgn nyenyak...

22. Esok pula saya akan:balik kampong...yeahooo...

23. Saya betul2 inginkan:€teringin makan buah epal...sedapnya

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:alaamk...kina dah banyak jerawat lalaa..s.ejak akhir2 ni gatal sket..

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:pasar malam pun aku layan jer

26. Makanan Barat atau Jepun:apa2 yg halal...tapi aku suka makan ubi rebus...yaitu makanan jepun ...hehehhe

27. Bilik yang terang atau gelap:Teranglaaa...sudah etrang lg bersuluh

28. Makanan segera adalah:maggie jer kot

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang ialah????hmmmm...semoga jumpa lagi

Tuesday, April 7, 2009

perihal anak murid

walaupun dah lama x upadet...bukan bererti menyepi...tapi dok sibuk memmanjang melayan karenah anak bangsa....ececece

satu hari tuh, kina tunjuk kat student video yg ader moral value...video about org tgh bg ceramah n meninggal dunia ketika berceramah. nih komen budak after watching video...

huh...lain yg aq harap, lain yg diorg dapat....sbar jer

1. ala....teacher, dia sajer nak tdo tuh...penat sgt bg ceramah..huhu...adoyai...klau sjer nak tdo...xkanla teacher nak tnjuk video nih kat awak...

2. kesimpulannya ckgu....jgn bg ceramah, sbb takut nnt mati masa ceramah....huhuh....ape2 jerla bdak2 nih...

3. jgn ceramah lama2...penat sgt la dia tuh cikegu.....hmmm...pndainya buat loyar buruk.

sebenarnya...apa yg cikgu nak tekankan kat cni!!!!....meninggal dunia ketika tgh bercermah kan bagus....awak tgh buat pahala....meninggal dalam imaaan...

Monday, March 30, 2009

dah lama tak update kan...

apsal nih...mlasnya????????????????????????

Saturday, March 21, 2009

dah sekolah balik


apsl ntah....sejak akhir2 ni mlas bnget nak pos n3. bukan bzz....tp lazy. n3 hr tuh hnya 5 patah prkataan, ucapkan selamat bercuti...but now, nak wish

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH....SEMOGA MENDAPAT AZAM DAN SEMNGAT BARU UNTUK MENERUSKAN SESI PEMBELAJARAN.....
cuti hr tu bnyak kenduri tawen...nih gmbar sape tawen ntah...aq pn tak kenal...jumpa kat desktop ayah aq...

Monday, March 16, 2009

selamat bercuti

SELAMAT BERCUTI UNTUK SEMUA...

Friday, March 6, 2009

azwan yg jual jagung

hehehhe...dah lama tak cerita psal ragam students...hhuhuh...hr nih nak mencoret lg psal student kina yg nmanya azwan

'ok, klau cikgu nak buat klas tambahan boleh tak?'

ok cikgu....cikgu nak buat hari apepun sya tak kisah, tp cikgu jgn buat hr sabtu....'

huisshhh...budak ni siap warning2 aku lg....sbaq jer laaa

'ok, azwan..knapa?awk ader krja lain ke hr sbtu...'

hr sbtu sya nak jual jagung cikgu....cikgu jgn kcau....

adoyai....mcam laaa kina nak kcau dia jual jagung tuh....

'azwan jual jgung kat ner?'
'rahsia cikgu....sya tak bleh bgtau cikgu..'ish...budak nih. tuh pun tak mau gtau...

'klau cikgu mntk azwan blnja jagung bleh tak?'hehheheeh

'hmm...tuh cikgu kna tnya tokeh jgung cikgu.....'

huhuhuhuh...
sbtu ptg tuh, kina pun pi psar mmlm yg pling dkat ngn umah kina...dari jauh lg azwan dh tgur kina...heheh..siap agkat tgn lg...

'cikguuuuuuuu...'dia bleh nya jerit di khalayak nak pnggil kina....
i just waving my hand..
nak berhenti nyembang2 kat gerai tuh segan plak...rmai budk laki...ceh, pnya laaa berahsia...rupanya jual jgung kat psar mlm dkat ngn skolah jer....

esoknya masa kat skolah, dia pergi main2 masa kina ngajar...
'azwan!!!!!!!!!!!, klau awk main lg msa sya ngajar, ckgu tamau beli jgung awak lg"...
hehehehhe..pndai tak kina ugut2 org
'ok, cikgu...sya snyap ckgu'
kan best klau smua anak murid aq jual jagung...ugut sket jer dh takut....

Wednesday, March 4, 2009

takziah utk pak de por and family

dah lama menghilang...sejak akhir2 nih mcam2 berlaku...ALLAH nak uji kiter ni mcam2 cara erk...antaranya ialah kehilangan insan tersayang...nak tgok kita sebagai hamba boleh redha atau tidak dengan kehilangan tersebut...
takziah kepada family pakde di atas pemergian insan tercinta menghadap ILAHI...

Tuesday, February 24, 2009

tag dari pipah ngn aidy

kebetulan...2 people tag me with same topic...

1.How old are you?
still young...belum 40 lg....

2.Are you single?
klau belum ader surat dari tok kadi maknanya single lg kan....

3.At what age do you think you'll get married?
huhu...kina target 25 tahun...tp td smbang ngan sorg cikgu nih...dia advice supaya kawen b4 posting...biar dpt posting area semenanjung...huhuhuhuh...tataulaaa....ader ker yg sudi...

4.Do you think you'll marry the person you are with now?
redha dngan ketentuanNYA...no comment

5.If not, who do you want to marry?
...tak pikir not. nak tawen ngn dia gak....dia tuh sape2 laaa yg jadi suami kina....heehehe

6.Who will be your bridesmaid & bestman?
perlu ker ader bridesmaid and bestman....tak payah kot...nak buat simple2 jer...tapi ramai yg datang...nak amik berkat tetamu yg ramai...lgpun ekonomi tgh gawat

7.Do you want a garden/beach or traditional wedding?
tak payah semua tuh...ala-ala kampung dgn menu nasi goreng kampung lebih menjimatkan dan memudahkan

8.Where do you plan to go on honeymoon?
zoom malaysia..hehee...jgn zoom waktu kina sdg ber'honey moon' dahlaaaa

9.How many guests do you think you'll invite?
klu bleh nak ajak smua yg dikenali..sedara2 7 keturunan, 7kerabat

10.Will that include your exes?
smua yg dikenali kan...klu kina kenal dia, mstilaaa dia include....

11.How many layers of cake do you want?
appolo layer cake cukuplaaa...tak mampu nak buat kek berlayer2...

12.When do you want to get married, morning or evening?
amik keberkatan...khamis malam jumaat...hehehehhe

13.Name the song/tune you'd like to play at your wedding?
cukuplaaa ader kumpulan gitar rancak (kugiran) dgn lagu pop yeh yeh....huhuhu..klasiknya kina

14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
smua kina nak buat yg normal jer....sbb tetamu pun bukan org abnormal

15.Champagne or red wine?
sky juice is better for your healthy...tak pun bg minum susu utk old man

16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
gulp....mestilaaa days after weeding...sat gi org cakap tak mnyempat2 plak

17.Money or household items?
ikut kemampuan....sbb both look like important...heheh..meterialistik tak kina nih?

18.How many kids would you like to have?
biar ramai dan berqualiti...

19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?
aq tak der cam corder....amik gmbr ngn empon pun dah cukup laaa sbgai knangan

20.Whose wedding plan would you like to know next?
huhuh...nak tag kiyo, timah, ngn semua yg rasa nak jwab tag nih...

Friday, February 20, 2009

smbungan n3 merapu

wrong person....
huhu...this entry relate with entry before...kaunselor yang merisik kina..huhuh..kina rasa dia dah salah menilai kina kot...ader plak nak dikenen-kenenkan kina dgn anak dia...tatau laaa...dia cakap berkenan tgok kina sbb kina nmpak matang + latar belakang beragama.....hukhuk...
terbatuk dgaq dia cakap cmtuh...hukhuk..kina matang ker?tipu!!!!!!tuh semua tipu belaka...kina tak matang, memang la dah akil baligh...tapi bnyak bnda yang kina belum bleh buat kputusan sndiri...selalu sngat bergantung kat org len...kuat nangis plak tuh
kina ni islamic background ker???huhu...nih lg kina sdey....memnglaaa dr kcik smpai f5 sekolah agama.it doesn't mean i have strong basic agama....kina mudah sngat ikut2 org...mudah sngat terpengaruh.susahnya nak jd ikan kat laut tuh...(still tak masin walau air laut masin)hukum-hakam agama pun bnyak yg kina tatau...
dia dah t'silap pilih calon menantu....keskkes...
bila kina tersipu-sipu mnjawab...dot..dot...dot...she replies to me...never mind...but if you think you need my son, just deal with me ok...

Tuesday, February 17, 2009

ape2 jer diorg nih

asyik potpet pasal ragam student, n3 this time nak potpet pasal pe'el cikgu plak...aderla satu hari tuh, kina lepak kat tmpat cikgu slalu melepak....tak der kelas, so, kina pun baca paper, alamak, zuhur tak buat lg...kina pi solat zuhur...tak sangka, gerak-geri kina jad perhatian sorg kaunselor nih...hukhuk...dia tnya....
'kamu ngajar agama ker?
'huhu...ader gaya mcam org ngajar agama ker???...
takla...saya ajar science...owh..
lepas kina solat zuhur, dia ajak kina lepak lg kat tmpat melepak...sembang pnya sembang, kina kena tmbak...
'adus...aper lg, soalan bonus laaaa.....
'kamu dah ader belum'
'ader?ada apa erk?
'aderla plak sorg ustzh tu mnyampuk....
'hmmm...mesti dah ader nih, ustz2 ker???......budak2 skrg nih lain'
(alamak, memang average umur kina nih memang mesti dah ader ker???,maner la ader ustaz nak kat kina nih...huhuhu....cuci hingus pun tak bersih lagi....tak pandai plak tuh hal2 agama nih...)
sorg cikgu plak cakap, 'hmmm...aderla tuh...akak nak kenalkan kat saper2...'(akak merujuk kepada kaunselor)
kaunselor tuh tnya lg kat kina...
'betul2 ni...kamu dah ader belum?'
a.a.a.a......kina tatau...tamau jawab soalan nih bleh tak?takkan nak jawab 'complicated sket status kina' nih...sat gi aper plak cikgu tuh pikir....
so, kina pun jawab ...................................
sedang mencari

cari ape????
ape2la yang sesuai....
huhuhu....bukan untuk dibahaskan...
stop here!!!!

Saturday, February 14, 2009

kisah amirul...

siannya amirul
sape amrul nih??hmm...one of my student...sdey sgt tgok dia....kina tak taulaaa...mula2 tgok dia, kina dah raser sdey dah.(his face look alike an aboriginal ...bukan nak mengutuk...this is the truth)..speechless to describe his face, his action and his achievement...dia mcm berpotensi utk brjaya, but do not use her potential correctly, selalu jer tak bawak buku...

'amirul ader tak buku kerja tuh'

'ader ckgu''tp, knapa ckgu tgok amirul slalu tak bwak buku erk'

'sya terlupa cikgu'

'amirul nak dapat apa dlm sbjek sains'

'nak dapat a, dulu UPSR saya dpt C'

'hmmm...amirul tau tak, klu C tuh...usaha sikit lg boleh dpat A'

mata dia mcam dah berkaca-kaca.....huhuhu...cikgu dia lg dah nak kluar kaca2 tu...huhuhu

'ok...skarang amirul pergi solat zuhur ye...baca doa bnyak2 sket'

'ok ckgu...terima kasih cikgu'

dia trus lari untuk solat.....fuh...lega, klau tak dia nmpak kina nak nnges.....sob2sdey nya....

semoga lepas nih amirul jadi pelajar yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat